KL GP: Afiq Ikhwan Buru Kejuaraan Lamborghini Super Trofeo Asia

Diterbitkan: Jumaat, 7 Ogos 2015 3:55 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelumba negara, Afiq Ikhwan Yazid meletakkan sasaran menjuarai acara Lamborghini Super Trofeo Asia dalam perlumbaan KL City Grand Prix yang pertama kali dilangsungkan hujung minggu ini.

Afiq, 24, dari Starspeed Racing Team mahu mengambil kesempatan berlumba di gelanggang sendiri untuk meraih gelaran itu, sambil kekal di tempat teratas senarai pelumba dalam kategori Pro.

"Saya teruja mewakili Malaysia dalam perlumbaan Lamborghini. Sudah tentu saya mahu menamatkannya di tempat pertama. Jadi, kita tunggu apa kesudahannya.

Jika semuanya berjalan lancar, pasti tidak ada masalah.

"Saya menjuarai perlumbaan terakhir dan untuk kekal teratas dalam senarai pelumba, saya perlu meneruskan rentak kemenangan ini," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada sesi latihan, di sini, Jumaat.

Afiq, yang mendahului kejohanan setakat ini dengan 15 mata selepas muncul pemenang di Fuji International Speedway, Jepun dengan catatan 50 minit 57.417 saat, pada Jun lepas, bagaimanapun mengakui dia akan menerima tentangan hebat khususnya daripada Davide Rizzo dari Itali untuk kejuaraan kali ini.

"Saya tidak ada masalah dengan saingan kerana ini adalah perlumbaan dan saya akan memberikan aksi terbaik untuk menewaskan mereka yang terbaik," katanya.

Mengenai litar jalan raya itu, Afiq berkata masih ada ruang untuk meningkatkannya supaya sama taraf dengan litar jalan raya terbaik dunia.

"Saya ada berjalan-jalan di litar ini pagi tadi dan ia cukup menarik dan cantik. Sebagai penganjur kali pertama, mereka sudah melakukan tugas dengan baik tetapi masih ada ruang memperbaiki khususnya terhadap permukaan litar dan pengurusan" katanya.

Afiq, yang membuat penampilan pertamanya dalam perlumbaan jalan raya di Litar Antarabangsa Sepang pada 2012, sudah memenangi enam gelaran dalam siri Super Trofeo setakat ini.

Kejohanan enam pusingan ini akan bersambung di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia pada 5 dan 6 Sept selepas perlumbaan di sini.

KL City GP, festival perlumbaan kereta supersports di litar yang dikhaskan sepanjang jalan raya utama di Kuala Lumpur akan menyaksikan pelbagai perlumbaan kereta GT seperti Lamborghini Super Cup, Formula Masters, Porsche Carrera Cup dan Audi R8 LMS Cup selain demonstrasi lima pasukan terbaik siri supercars V8.

Perlumbaan itu akan bermula di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan melalui Jalan P.Ramlee, Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Pinang serta berakhir di KLCC.

Tags / Kata Kunci: KL GP , V8

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan