F1: Spekulasi Pindah Ke Ferrari Ganggu Fokus Bottas

Diterbitkan: Jumaat, 31 Julai 2015 1:31 PM

(Ubah saiz teks)

VALTTERI Bottas mengakui spekulasi mengenai pertukaran ke pasukan Ferrari amat 'mengganggunya', lebih-lebih lagi dia kini dalam sasaran untuk meraih grand prix pertama bersama Williams.

Pelumba berusia 25 tahun itu dikait akan mengganti Kimi Raikkonen dalam pasukan Itali itu bermula tahun 2016.

Bagaimanapun Bottas yang memasuki tahun ketiga bersama Williams berkata, dia hanya memikirkan jalan untuk membantu pasukannya meraih kejayaan.

"Sebaik sahaja kamu berada dalam kereta, kamu tidak akan memikirkan apa sahaja spekulasi.

"Tidak ada perkara di lain di dalam fikiran kamu kecuali memandu, tetapi apabila kamu keluar sahaja daripada kereta, sudah tentu ia akan mengganggu jika terdapat sebarang khabar angin," jelas Bottas.

Bottas kini berada di kedudukan keempat keseluruhan pelumba selepas sepuluh pusingan dengan mengutip 77 mata.

Manakala pelumba Mercedes, Lewis Hamilton masih menguasai kedudukan teratas dengan 202 mata selepas mencatat lima kemenangan.

Tags / Kata Kunci: Valtteri Bottas , Williams , Ferrari

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan