Gaban Harap Tuah Aidilfitri Dalam Saingan MSC

Diterbitkan: Jumaat, 24 Julai 2015 8:04 PM

Gaban bersama isteri dan anak-anaknya ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri minggu lalu.

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Pelumba motosikal negara, Muhammad Al Amirul Ashshahid Abdul Hamid berharap akan meraih tuah Aidil Fitri untuk mengecapi kejayaan pada perlumbaan Pusingan 2 Pirelli Malaysia Superbike Championship (MSC) sempena Kejohanan eni FIM Superbike World Championship di Sepang International Circuit (SIC) bermula 30 Julai ini.


Lebih terkenal dengan panggilan Gaban, bekas juara tiga kali motocross kebangsaan ini berazam untuk menebus kekecewaan daripada saingan pembukaan musim pada Mei lepas, yang menyaksikan pelumba dari Sungai Buaya, Selangor itu gagal melunaskan sasaran untuk sekurang-kurangnya mencatat keputusan podium dalam kedua-dua perlumbaan dalam kelas Superstock 1000cc.

“Bagi saya, saingan Pusingan 1 agak mengecewakan. Walaupun bersaing dalam kelas perdana Kejuaraan Superstock buat pertama kali musim ini, saya meletakkan sasaran untuk podium dan mencabar kejuaraan keseluruhan pada akhir musim. Selepas menduduki tempat keenam dalam perlumbaan pertama, saya mendapat tempat keempat pada Perlumbaan 2.

“Kerana itu, saya benar-benar berharap untuk meraih kejayaan pada saingan Pusingan 2 ini. Walaupun berat badan ada bertambah sedikit kerana pelbagai juadah kuih raya dan rumah terbuka, saya harap sambutan Aidil Fitri kali ini akan memberi tuah kepada saya,” kata Gaban, yang menunggang jentera Honda CBR1000.

Selepas pertarungan sengit pada Pusingan 1, acara MSC bakal menyediakan saingan Pusingan 2 daripada 31 Julai hingga 2 Ogos ini sebagai salah satu daripada perlumbaan sokongan untuk edisi kedua Kejohanan eni FIM Superbike World Championship 2015. 

Selain MSC, penonton juga akan berpeluang menonton pelumba-pelumba muda Negara dalam saingan siri kejuaraan Shell Advance Asia Talent Cup.

Perlumbaan Kejuaraan Superstock itu telah diungguli oleh penunggang Britain, Steve Martin, yang memenangi kedua-dua perlumbaan bersama bekas juara Ahmad Nashrul Baharuddin yang muncul naib juara dan Naharuddin Mat Yusop di tempat ketiga dalam kedua-dua saingan.

Seperti Gaban, bekas juara kategori Superbike Muhammad Syahnas Syahidan, yang terlepas saingan pembuka musim pada Mei lepas, turut mengharapkan tuah Aidil Fitri pada saingan Pusingan 2 nanti.

Dijenamakan semula daripada siri Malaysian Super Series (MSS), kejuaraan MSC musim ini akan berlangsung dalam lima pusingan dengan Pusingan 3 dan 4 yang akan diadakan pada 12 dan 13 September.

Pusingan 5 akan diadakan pada 20 hingga 22 Disember bersama-sama dengan saingan Pusingan Akhir Kejuaraan Kapcai Endurance Kebangsaan KBS-MAM tahun ini.

Tiket-tiket untuk acara eni FIM Superbike World Championship pusingan di Malaysia kini boleh didapati  dari RM 84.80 untuk menonton kesemua perlumbaan menarik yang akan berlangsung pada minggu depan.

Para peminat juga boleh membeli secara on-line di laman web www.sepangcircuit.com atau menelefon TALIAN TIKET 603-87782222.

Tags / Kata Kunci: Gaban , MSC , WSBK

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan