Pelumba Malaysia Kuasai Litar Iowa AS

Diterbitkan: Isnin, 20 Julai 2015 11:47 AM

Weiron membuktikan anak Malaysia mampu menguasai litar antarabangsa.

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Pelumba Malaysia, Weiron Tan, mencipta satu lagi kejayaan apabila menjuarai pusingan ke-12 perlumbaan Pro Mazda di Litar Iowa Speedway, di Iowa, Amerika Syarikat, pada Isnin.

Dalam penampilan kedua dalam litar berbentuk bujur itu, pelumba kereta pasukan #22 Andretti Autosport itu mendahului setiap pusingan perlumbaan 100-pusingan itu sebelum melintas garisan penamat dengan kelebihan 9.7 saat daripada rakan sepasukan.

Pada sesi kelayakan, Tan menduduki tempat ketiga tetapi memperoleh petak utama selepas pegawai perlumbaan mendapati tiga pelumba telah melanggar peraturan perlumbaan.

Sebaik sahaja bendera hijau dikibarkan, Tan memecut dan terus mengawal perlumbaan dengan mendahului pencabar terdekat dengan jarak lebih empat kenderaan.

Biarpun litar perlumbaan ditutup sementara, Tan memulakan perlumbaan semula apabila memperagakan kemahiran cemerlang menguasai litar berbentuk bujur sepanjang 1.408km, untuk merangkul kejuaraan keempat musim ini.

Mengulas kejayaan itu, Tan dalam kenyataan, di sini mengucapkan tahniah kepada pasukan kerana membantu mencapai keputusan cemerlang apabila pasukan itu memenangi tempat pertama dan kedua.

Pusingan seterusnya akan berlangsung di Litar Mid-Ohio Sports Car di Lexington, Ohio dari 30 Julai hingga 2 Ogos ini. - Bernama




Tags / Kata Kunci: Weiron Tan , Litar Iowa , Pro Mazda

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan