Moto 2: Ramdan Raih Mata Di Litar Aragon

Diterbitkan: Khamis, 9 Julai 2015 8:25 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelumba Pembangunan Bakat Petronas,Ramdan Rosli mengharungi perlumbaan Pusingan Keempat FIM CEV Repsol, Kejohanan Moto2 Eropah dalam situasi 'bercampur-campur' di Litar Aragon di Sepanyol pada Ahad lepas. 

Pada Perlumbaan 1, Ramdan menampilkan tunggangan cemerlang untuk menamatkan saingan di tempat kesembilan selepas mencatat masa 29’22.305s, berbanding kedudukan di tempat ke-11 pada pusingan kelayakan.

Bagaimanapun pada Perlumbaan 2, harapan Ramdan untuk memperbaiki kedudukannya itu tidak kesampaian apabila beliau terkeluar daripada perlumbaan dengan hanya berbaki tujuh pusingan lagi.

Sementara itu, pengurus pasukan Petronas AHM Malaysia Kenny Chua berkata tahap keyakinan Ramdan meningkat, dan menamatkan perlumbaan pada kedudukan kesembilan adalah pencapaian yang baik pada hujung minggu lepas.

Ramdan kini menduduki tempat ke-19 dalam carta kedudukan kejohanan berkenaan dengan mengutip tujuh mata yang diperoleh pada perlumbaan minggu lepas.

Pelumba Sepanyol Edgar Pons memenangi kedua-dua perlumbaan tersebut dengan Steven Odendaal dan Xavi Vierge, masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Sementara pada Perlumbaan 2 menyaksikan ketiga-tiga pelumba berkenaan berada pada kedudukan tiga teratas, namun Vierge di tempat kedua manakala Odendaal di posisi ketiga.   

Keputusan

Perlumbaan 1: 1. Edgar Pons (SPA) 28’52.888s  2. Steven Odendaal (RSA) 28’56.657s  3. Xavi Vierge (SPA) 28’56.657s  4. Federico Fuligni (ITA) 28’59.614s  5. Eric Granado (BRA) 28’59.722s . 9. Ramdan Rosli (MAS) 29’22.305s  

Perlumbaan 2: 1. Edgar Pons (SPA) 28’56.394s  2. Xavi Vierge (SPA) 29’00.861s  3. Steven Odendaal (RSA) 29’01.339s  4. Federico Fuligni (ITA) 29’09.392s  5. Eric Granado (BRA) 29’10.402s . Ramdan Rosli (MAS) Tidak Menamatkan Perlumbaan 

Tags / Kata Kunci: Ramdan Rosli , Moto2 , Petronas

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan