Zamri Baba Akan Dibawa Pulang

Diterbitkan: Rabu, 8 Julai 2015 2:36 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Pelumba negara Mohamad Zamri Baba yang terbabit dalam kemalangan di Asia Road Racing Championship (ARRC) 2015 di sini sebulan lepas akan dibawa pulang ke Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Pengurus pasukan Mushashi Boon Siew Honda Racing Zulhelmi Ahmad ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang berusaha untuk membawa Mohamad Zambri pulang dengan pesawat komersial secepat mungkin.

"Kami sedang berusaha membawa Zambri pulang sebelum Hari Raya Aidilfitri supaya dia dapat berada di samping keluarganya," katanya pada Rabu.

Beliau berkata keadaan pelumba SuperSports 600cc negara itu masih lemah tetapi telah boleh membuka mata.

Mohamad Zambri kini dirawat di sebuah hospital swasta di sini sejak sebulan setelah terbabit dalam kemalangan di Sentul Circuit, Bogor pada 8 Jun lepas.

Zamri, 34, yang beraksi dalam kelas perdana, SuperSport 600cc dianggap pelumba terbaik negara dan terjatuh dalam pelumbaan itu sebelum dirempuh oleh sebuah motosikal dari belakang.

Pelumba berusia 31 tahun itu mewakili Mushashi Boon Siew Honda Racing dilanggar oleh seorang lagi pelumba selepas terbabas semasa Pusingan 2 Kejohanan Perlumbaan Motosikal FIM Asia Road 2015 itu.

Pegawai perubatan di hospital berkenaan yang enggan dikenali berkata, Mohamad Zambri telah mampu untuk bernafas secara normal dan melakukan gerakan badan tetapi masih lemah kerana kecederaannya belum pulih sepenuhnya.

"Jika atas permintaan keluarga untuk membawanya keluar dari hospital, saya fikir sudah boleh (untuk membawanya pulang ke tanah air)," katanya.

Tags / Kata Kunci: Zamri Baba , Indonesia

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan