ARRC: Takahashi Hadiahkan Kemenangan Untuk Zamri

Diterbitkan: Isnin, 6 Julai 2015 11:52 AM

(Ubah saiz teks)

PELUMBA Musashi Boon Siew Honda Racing Yuki Takahashi menghadiahkan kemenangan buat rakan sepasukan, Mohd Zamri baba yang kini masih menjalani rawatan di Indonesia selepas menjuarai Perlumbaan 2 SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Suzuka, Jepun pada Ahad>

Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing itu turut menebus kekecewaan setelah terjatuh dan gagal meneruskan perlumbaan pada Perlumbaan 1 pada Sabtu.

"Saya hadiahkan kemenangan ini buat pasukan dan juga khususnya buat rakan sepasukan, Zamri.

"Kami bekerja keras untuk memastikan kemenangan menjadi milik pasukan tanda sokongan kepada Zamri yang masih menjalani rawatan," jelas Takahashi.

Jelasnya, pada perlumbaan pertama, dia telah melakukan kesilapan apabila cuba untuk menjarakkan lagi kedudukan dengan pelumba  Yuki Ito (PETRONAS Hong Leong Yamaha).

"Pada permulaan perlumbaan, keadaan agak sukar dan Ito juga begitu pantas. Saya hanya berupaya mengekorinya di belakang sebelum melihat tayar belakang Ito mula bermasalah pada pertengahan perlumbaan.

"Saya menggunakan kesempatan untuk memintas Ito dan kemudiannya mengekalkan kedudukan sehingga ke garisan penamat," jelasnya.

Kemenangan ini meletakkan Takahashi di kedudukan kedua keseluruhan dengan 77 mata manakala kedudukan pendahulu kini milik Koyama dengan 81 mata.

Ito di kedudukan ketiga dengan 67 mata.

Sementara itu, dalam saingan Underbone 130cc, Ferlando Herdian menebus kecewa terjatuh pada Perlumbaan 1 dengan mengungguli Perlumbaan 2 ini setelah menamatkan enam pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 16'55.718s.

Pelumba BKMS Indonesia Racing Team itu mengatasi pelumba Malaysia, Mohd Affendi Rosli (PETRONAS Hong Leong Yamaha) yang berada di kedudukan kedua dengan masa 16'56.153s manakala Gupita Kresna Wardhana (Manual Tech KYT Rextor) di kedudukan ketiga dengan masa 16'56.384s, hanya 0.001s di hadapan Wahyu Aji Trilaksana (Faito Factory Racing).


Keputusan

SuperSports 600cc Perlumbaan 2

1.Yuki Takahashi (Honda) 29’04.409s

2.Tomoyoshi Koyama (Honda) 29’05.859s

3.Yuki Ito (Yamaha) 29’06.219s

4.Makoto Inagaki (Yamaha) 29’13.166s

5.Noriyuki Haga (Suzuki) 29’24.284s 

Kedudukan Keseluruhan

1.Tomoyoshi Koyama (Honda) 81 mata

2.Yuki Takahashi (Honda) 77 mata

3.Yuki Ito (Yamaha) 67 mata

4.Dimas Ekky Pratama (Honda) 66 mata

5.M.Fadli (Honda) 63 mata 

Anugerah Berpasukan

1.Musashi Boon Siew Honda Racing 93 mata

2.Astra Honda Racing Team 91 mata

3.T.Pro Yuzy Honda NTS 81 mata

4.PETRONAS Hong Leong Yamaha 67 mata

5.Manual Tech KYT Kawasaki 58 mata 

Asia Production 250cc Perlumbaan 2

1.Takehiro Yamamoto (Kawasaki) 20’47.538s

2.Nakarin Atiratphuvapat (Honda) 20’52.474s

3.Apiwat Wongthananon (Honda) 20’52.534s

4.Ayumu Tanaka (Yamaha) 20’52.828s

5.Ryunosuke Hyodo (Kawasaki) 20’53.122s 

Kedudukan Keseluruhan

1.Apiwat Wongthananon (Honda) 106 mata

2.Takehiro Yamamoto (Kawasaki) 104 mata

3.Nakarin Atiratphuvapat (Honda) 69 mata

4.Vorapong Malahuan (Honda) 58 mata

5.Ryunosuke Hyodo (Kawasaki) 56 mata 

Anugerah Berpasukan

1. AP Honda Racing Thailand 110 mata

2.TRICKSTAR Racing 104 mata

3.Yamaha Factory Racing Indonesia 47 mata

4.Akeno Speed Racing 44 mata

5.Yamaha Finson Racing 23 mata 

Underbone 130cc Perlumbaan 2

1.Ferlando Herdian (Yamaha) 16’55.718s

2.Affendi Rosli (Yamaha) 16’56.153s

3.Gupita Kresna (Kawasaki) 16’56.384s

4.Wahyu Aji Trilaksana (Yamaha) 16’56.385s

5.Anggi Permana Putra (Yamaha) 16’56.597s 

Kedudukan Keseluruhan

1.Gupita Kresna (Kawasaki) 106 mata

2.Norizman Ismail (Honda) 87 mata

3.Ferlando Herdian (Yamaha) 81 mata

4.Affendi Rosli (Yamaha) 47 mata

5.Abdul Muhaimin Roslan (Yamaha) 41 mata 

Anugerah Berpasukan

1.Manual Tech KYT Rextor 106 mata

2.Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing 87 mata

3.BKMS Indonesia Racing Team 81 mata

4.PETRONAS Hong Leong Yamaha 62 mata

5.T.Pro Yuzy Honda NTS 54 mata

Tags / Kata Kunci: ARRC , Litar Suzuka , Yuki Takahashi

iklan

Video

Jumaat, 28 Julai 2017 8:18 PM

Tautan Kasih Siti Saleha & Lutfi

Jumaat, 28 Julai 2017 3:00 PM

Zahid Terpaksa Kerja Keras!

Jumaat, 28 Julai 2017 12:24 PM

Atmosfera Tak Cukup Popular?

Jumaat, 28 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: Najwa Latif - KAMU

Khamis, 27 Julai 2017 3:00 PM

Aksi Separuh Bogel Tu Kisah Lamalah!

Khamis, 27 Julai 2017 12:30 PM

Mal Imran Artis Bermusim?

Khamis, 27 Julai 2017 9:00 AM

Panas! Hisyam Hamid & Aaron Aziz Bergaduh?

Rabu, 26 Julai 2017 3:46 PM

Saya Bukan Artis Murahan! - Elvina

Kolumnis

iklan

Iklan