Zamri Baba Tunjuk Perubahan Positif

Diterbitkan: Rabu, 1 Julai 2015 3:41 PM

Zamri Baba

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) mengesahkan bahawa pelumba negara Muhammad Zamri Baba telah dipindahkan ke wad biasa Hospital Siloam Karawaci, Indonesia.

Pelumba MuSASHI Boon Siew Honda Racing itu sudah menunjukkan perubahan lebih baik dan pasukannya turut melantik dua orang pegawai perubatan bagi membantu Zamri sepanjang masa.

Menurut kenyataan FIM pada Rabu, pegawai perubatan tersebut mempunyai pengalaman lebih-lebih lagi berkaitan fisiologi.

Sementara itu,s seorang lagi pelumba negara, M. Fadli Immammuddin dilaporkan semakin baik. 

"Doktor akan membuat pemeriksaan terakhir minggu ini. Namun dalam masa yang sama Fadli akan terus menjalani terapi fizikal," jelas kenyataan Astra Honda Racing Team.

Selain itu, pelumba Thailand Jakkrit Sawangswat juga semakin baik dan akan meneruskan rawatan selepas pulang ke Thailand nanti.

Zamri, 31, yang menunggang bagi pasukan MuSASHi Boon Siew Honda Racing Team, dilanggar oleh seorang lagi pelumba selepas dia terbabas lalu merempuh kawasan batuan kelikir di tepi trek semasa perlumbaan itu.

Manakala insiden kedua berlaku semasa perlumbaan 2 SuperSports 600cc apabila Fadli dan Jakkrit berlanggar ketika sedang menuju ke garisan penamat.

Tags / Kata Kunci: Zamri Baba

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan