Hamilton Akui Tidak Mahu Rosberg Bergelar Juara Dunia

Diterbitkan: Sabtu, 27 Jun 2015 6:26 PM

Hamilton (kiri) tak sanggup melihat Rosberg bergelar juara dunia.

(Ubah saiz teks)

LEWIS Hamilton mendedahkan bahawa dia lebih rela melihat pelumba lain menjuarai perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini berbanding rakan sepasukannya, Nico Rosberg.

Hubungan juara dunia bertahan itu dengan Rosberg agak dingin walaupun berada dalam satu pasukan, Mercedes sejak dua tahun ini.

Hamilton menewaskan Rosberg musim lalu dalam perebutan gelaran juara dunia dan menganggap persaingan paling sengit sepanjang kariernya, malah mengakui hubungan persahabatan mereka di puncak krisis.

Ketika bercakap dalam rancangan rakaman Graham Norton Show BBC, Hamilton mendedahkan perasaan persaingan sangat mendalam sehingga tidak mahu melihat Rosberg bergelar juara walaupun mereka satu pasukan.

"Ia satu perkara sukar. Kamu satu pasukan dan tugas kedua-dua pelumba untuk mendapatkan mata dan meraih kejuaraan.

"Tetapi secara individu, kami berdua mahu menang, jadi masing-masing mahu menewaskan antara satu sama lain.

"Saya sepatutnya berkata bahawa jika saya tidak menang, saya mahu rakan sepasukan yang menang, tetapi sebaliknya," jelas Hamilton.

Tags / Kata Kunci: Lewis Hamilton , Nico Rosberg

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan