Kemenangan Kali Kedua Nico Rosberg Di GP Austria

Diterbitkan: Ahad, 21 Jun 2015 10:53 PM

(Ubah saiz teks)

SPIELBERG, Austria: Pelumba Nico Rosberg meraih kemenangan ketiganya pada musim ini di Grand Prix Austria pada Ahad.

Kejayaan ini merupakan yang kedua berturut-turut bagi Rosberg di Spielberg selepas kemenangan musim lalu.

Rosberg memulakan perlumbaan dengan baik dan berada di hadapan rakan sepasukannya Lewis Hamilton sehingga garisan penamat.

Pada awal perlumbaan berlaku kemalangan antara kereta Kimi Raikkonen dan Fernando Alonso yang mana kedua-dua kereta mereka bergesel dan terbabas melanggar tembok pembatas.

Hamilton menduduki tempat kedua dengan 3.8 saat di belakang Rosberg. Beliau dikenakan denda tambahan lima saat selepas tamat perlumbaan kerana melepasi garis putih ketika keluar dari pit lane.

Bagaimanapun, beliau bernasib baik kerana jarak dengan pelumba tempat ketiga Felipe Massa (Williams) agak jauh.

Berikut keputusan penuh GP Austria.

1. Nico Rosberg GER Mercedes-Mercedes 71 laps 1hr 30m 16.930s 

2. Lewis Hamilton GBR Mercedes-Mercedes +3.8s 

3. Felipe Massa BRZ Williams-Mercedes +17.5s 

4. Sebastian Vettel GER Ferrari-Ferrari +18.1s 

5. Valtteri Bottas FIN Williams-Mercedes +53.6s 

6. Nico Hulkenberg GER Force India-Mercedes +64.0s 

7. Pastor Maldonado VEN Lotus-Mercedes +1 lap 

8. Max Verstappen NED Toro Rosso-Renault +1 lap 

9. Sergio Perez MEX Force India-Mercedes +1 lap 

10. Daniel Ricciardo AUS Red Bull-Renault +1 lap 

11. Felipe Nasr BRZ Sauber-Ferrari +1 lap 

12. Daniil Kvyat RUS Red Bull-Renault +1 lap 

13. Marcus Ericsson SWE Sauber-Ferrari +2 laps 

14. Roberto Merhi ESP Manor-Ferrari +3 laps 

Not Classified 

Rtd. Romain Grosjean FRA Lotus-Mercedes 
Rtd. Carlos Sainz Jr ESP Toro Rosso-Renault 
Rtd. Jenson Button GBR McLaren-Honda 
Rtd. Will Stevens GBR Manor-Ferrari 
Rtd. Kimi Raikkonen FIN Ferrari-Ferrari 0 laps completed 
Rtd. Fernando Alonso ESP McLaren-Honda 0 laps completed 

Fastest lap 
Lewis Hamilton GBR Mercedes-Mercedes 1m 28.270s

Tags / Kata Kunci: Nico Rosberg , GP Austria

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan