Keadaan Zamri Baba Bertambah Baik

Diterbitkan: Khamis, 18 Jun 2015 12:54 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelumba SuperSports 600cc negara, Mohamad Zamri Baba, yang cedera parah akibat kemalangan dalam perlumbaan di Indonesia dan dimasukkan ke hospital di Jakarta, dilaporkan mula menunjukkan perkembangan positif.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIH), MuSHASHi Boon Siew Honda Racing Team berkata Zamri kini tidak lagi bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Dia masih dirawat di hospital Siloam Karawaci, Jakarta, di bawah pengawasan pasukan pakar bedah saraf, berikutan kemalangan di Pusingan Dua Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Sentul di Bogor pada 6 Jun.

Kenyataan itu menyebut keluarga Zamri dan wakil daripada MuSASHi Boon Siew Honda berada bersama-samanya di Jakarta untuk memantau rapi perkembangannya.

FIM melaporkan bahawa Zamri, 31, yang menunggang bagi pasukan MuSASHi Boon Siew Honda Racing Team, dilanggar oleh seorang lagi pelumba selepas dia terbabas lalu merempuh kawasan batuan kelikir di tepi trek semasa perlumbaan itu.

Insiden kedua berlaku semasa perlumbaan 2 SuperSports 600cc apabila penunggang Indonesia M. Fadly Immammuddin daripada Astra Honda Racing dan pelumba Thailand Jakkrit Sawangswat daripada AP Honda Thailand berlanggar ketika sedang menuju ke garisan penamat.

Menurut kenyataan itu Fadly telahpun menjalani pembedahan ketiga di kakinya dan dipindahkan dari Unit Rawatan Rapi ke wad biasa.

Sawangsat pula telahpun pulang ke rumah serta beransur sembuh, dan berkemungkinan besar akan kembali beraksi dalam pusingan Suzuka ARRC.

Tags / Kata Kunci: Zamri Baba , Indonesia

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan