Kornfeil, Zulfahmi Kecewa Di GP Catalan

Diterbitkan: Isnin, 15 Jun 2015 11:04 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Grand Prix (GP) Catalan berakhir dengan kekecewaan bagi Drive M7 SIC Racing Team apabila Jakub Kornfeil terbabas pada pusingan pertama, manakala Zulfahmi Khairuddin sekadar di tempat ke-24.

Pelumba berusia 23 tahun itu gagal membuat pecutan dan masih bergelut dengan kawalan pada jenteranya serta tidak dapat mengekori kelompok pelumba yang mendahului perlumbaan itu.

"Saya banyak bergelut dengan jentera terutama cengkaman di bahagian belakang. Kami dapat membaiki beberapa masalah tetapi masih tidak mencukupi.

"Dalam perlumbaan, saya tahu pecutan saya tidak mencukupi untuk mengejar mereka di hadapan, jadi saya tidak dapat mencapai keputusan yang saya harapkan.

Saya tidak menyerah kalah dan akan meneruskan cabaran untuk beraksi lebih baik," kata Zulfahmi dalam kenyataan Isnin.

Rakan sepasukannya, Kornfeil dari Republik Czech menampilkan permulaan yang baik tetapi harapannya untuk menamatkan perlumbaan dengan keputusan membanggakan musnah apabila insiden kemalangan menyaksikan Gabriel Rodrigo dari RBA Racing Team melanggar pelumba berusia 22 tahun itu di selekoh ketiga.

Disebabkan jenteranya rosak teruk, Kornfeil tidak dapat meneruskan perlumbaan dan memaksa beliau menarik diri daripada Grand Prix itu di peringkat awal.

"Selepas permulaan yang sukar di hujung minggu, saya gementar sedikit ketika perlumbaan tetapi saya masih dapat menumpukan perhatian. Saya membuat permulaan yang baik tetapi malangnya di selekoh ketiga pusingan pertama, Rodrigo terbabas dan saya juga terlibat. 

"Ini amat malang dan tiada apa yang boleh saya lakukan, saya masih kecewa. Secara keseluruhan, ini adalah hujung minggu paling sukar dalam kerjaya saya sebagai seorang pelumba," kata Kornfeil.

Sementara itu, pengurus pasukan John Stigefelt berkata pasukan itu akan menggunakan tempoh sebelum perlumbaan seterusnya di Assen untuk mengkaji segalanya dan mengenal pasti apa yang silap.

"Pada masa ini, kami tidak tahu mengapa kami hambar pada perlumbaan di sini, jadi untuk kepastian kami mempunyai banyak kerja untuk dilakukan. Kami harus menunjukkan kebangkitan pada perlumbaan di Assen," katanya.

-- BERNAMA
Tags / Kata Kunci: GP Catalan

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan