Zamri Baba Dipindahkan Ke Hospital Siloam Karawaci di Jakarta

Diterbitkan: Selasa, 9 Jun 2015 7:20 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelumba SuperSports 600cc negara, Muhammad Zamri Baba, yang cedera parah akibat kemalangan pada pusingan pertama Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2015 di Litar Antarabangsa Sentul, dekat Jakarta, Ahad lepas, telah dipindahkan ke Hospital Siloam Karawaci di Jakarta.

Sebelum ini, pelumba berusia 31 tahun itu, yang mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan patah tangan dan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri, dimasukkan ke Pusat Perubatan Pertamedika Sentul City di Bogor.

Pasukannya, MUSASHi Boon Siew Honda Racing Team pada Selasa berkata, Zamri Babamasih dalam keadaan koma tetapi keadaannya stabil.

Menurut kenyataan pasukan itu, pelumba itu kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di bawah jagaan sekumpulan pakar bedah saraf utama di Indonesia diketuai Prof Dr Eka Julianta Whajeopramono.

Keluarga Zamri Baba kini berada di sisinya dan telah diberi penerangan mengenai keadaan pelumba itu.

Pasukan itu berkata mereka sedang membuat aturan untuk membawa pulang pelumba itu ke tanah air untuk rawatan susulan sebaik sahaja keadaan pelumba itu mengizinkan.

"Bagi pihak keluarga Zamri, pasukan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua atas doa dan mengambil berat tentang perkembangan keadaan pelumba itu.

"Bagaimanapun, kami merayu kepada semua untuk menunggu kenyataan rasmi sebelum berkongsi atau menyiarkan laporan yang tidak sah," menurut kenyataan itu.

Pada perlumbaan ARRC itu, Zamri Baba, yang terbabas ke kawasan bantuan kelikir di tepi trek pada lap keempat pusingan pertama, dilanggar dari belakang oleh pelumba Indonesia, Dimas Ekky Pratama.

Ekoran insiden itu, Zamri Baba segera dihantar ke hospital, kira-kira 10 minit daripada litar tersebut untuk rawatan.

Selain Zamri Baba, perlumbaan itu dicemari dengan satu lagi insiden apabila pelumba Indonesia, M. Fadil Immammuddin dilanggar dari belakang oleh pelumba Thailand, Jakkrit Sawangswat ketika sedang menuju ke garisan penamat untuk meraikan kemenangan pertamanya musim ini.

Fadil dilaporkan mengalami kecederaan teruk pada kaki kirinya manakala pelumba Thai itu berada dalam keadaan koma.

ARRC berkata kesemua pelumba tersebut dipindahkan dari Pusat Perubatan Pertamedika Sentul City, Bogor, pada pukul 5 petang, Isnin.

Menurut kenyataan itu, proses memindahkan pelumba ke hospital di Jakarta diawasi oleh Dr Steven Antonius iaitu Ketua Pegawai Perubatan, Litar Sentul.

Tags / Kata Kunci: Zamri Baba

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan