ARRC: Zamri Baba Masih Dirawat Di ICU - F1 dan Motor | mStar

ARRC: Zamri Baba Masih Dirawat Di ICU

Diterbitkan: Isnin, 8 Jun 2015 5:02 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing, Mohd Zamri Baba masih berada di Unit Jagaan Rapi (ICU) selepas terlibat dengan kemalangan ketika aksi pusingan kedua Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia pada Ahad.

Zamri,32, yang berlumba dalam kategori Supersports 600c dilanggar pelumba lain selepas dia terbabas kerana keadaan litar yang berbatu dan terus dihantar ke hospital.

Pengurusan Musashi Boon Siew Honda Racing juga telah menerbangkan ahli keluarga Zamri untuk berada bersama dengan pelumba itu.

Pada pusingan kelayakan (Sabtu) Zamri menguasai kedudukan di petak pertama dengan catatan masa 1'29.984s.

Selain Muhammad Zamri, insiden kedua berlaku semasa Perlumbaan 2 600cc SuperSports selepas pelumba Indonesia M. Fadly Immammuddin daripada Astra Honda Racing berlanggar dengan pelumba Thailand, Jakkrit Sawangswat mewakili AP Honda Thailand selepas melepasi garisan penamat.

Kedua-dua penunggang mengalami kecederaan kaki pelbagai dan juga segera dihantar ke hospital dan mereka sekarang menerima rawatan.

Tags / Kata Kunci: ARRC , Litar Sentul , Mohd Zamri Baba

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan