Silap Pilih Tayar Punca Gagal Sambar Petak Pertama - Rosberg

Diterbitkan: Ahad, 7 Jun 2015 2:06 PM

Nico Rosberg.

(Ubah saiz teks)

PELUMBA Mercedes, Nico Rosberg mengakui gagal mengekalkan prestasi terbaiknya pada penghujung sesi kelayakan di Grand Prix Kanada kerana disebabkan kesilapan dalam pemilihan set tayar jenteranya.

Rosberg akan memulakan perlumba di litar Montreal di petak kedua, di belakang rakan sepasukannya, Lewis Hamilton yang meraih petak pertama ke-44 sepanjang kariernya.

Namun, Rosberg yang ketinggalan di belakang Hamilton dengan perbezaan masa 0.309 saat terpaksa berpuas hati dengan catatan masa tersebut.

"Saya berasa tenang dan memulakan ujian kelayakan dengan baik tetapi akhirnya gagal. Kami perlu membuat analisis mengenainya.

"Walau apapun tahniah kepada Lewis kerana berjaya menyambar petak pertama.

"Masih ada banyak peluang untuk memotong pelumba lain pada perlumbaan nanti, jadi ia belum berakhir," kata Rosberg.

Rosberg berkata beliau kecewa dengan kekurangan cengkaman tayar yang digunakan sewaktu ujian kelayakan tersebut.

"Pada pusingan ketiga persembahan saya amat mengecewakan. Saya juga tidak dapat memberikan apa-apa alasan mengenainya.

"Cengkaman tayar tidak begitu kuat seperti biasa. Ia merupakan perkara yang aneh dan benar-benar mengecewakan saya," katanya.




Tags / Kata Kunci: Nico Rosberg , Mercedes , F1

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan