Pelumba Malaysia Jazeman Cipta Sejarah Di Monaco

Diterbitkan: Isnin, 25 Mei 2015 2:23 AM

(Ubah saiz teks)

JAZEMAN Jaafar mencatat sejarah sukan permotoran negara selepas bergelar juara perlumbaan Series Formula Renault 3.5 di Monaco Ahad malam.


Pelumba muda program pembangunan Petronas ini meraikan kemenangan di Litar Monte Carlo pada perlumbaan sokongan  Formula 1 Grand Prix Monaco yang turut mendapat tepukan gemuruh daripada penonton yang hadir.

Pada aksi kelayakan, Jazemen yang mewakili pasukan Fortec Motorsports sudah menjadi perhatian dengan meraih petak pertama perlumbaan 21 pusingan itu.

Pelumba Red Bull Junior, Dean Stoneman dari Britain berada di tempat kedua, dan ketiga Tom Dillmann (Carlin) melengkapan kemenangan podium.

“Ini merupakan perlumbaan kegemaran saya, begitu juga dengan litar,” jelasnya yang beraksi untuk musim ketiga perlumbaan ini.

Pencapaian ini begitu bermakna buat Jazeman selepas meraih tempat ketiga sebelum ini.

“Saya berasa yakin untuk berada di podium ketika tiba di sini. Saya tahu saya telah memulakan perlumbaan yang baik,” katanya.

Dia kini mengetuai kedudukan keseluruhan pelumba selepas dua perlumbaan dengan 49 mata, kelebihan satu mata daripada rakan sepasukan, Oliver Rowland yang menamatkan saingan di Monaco ini di tempat ke-6.

Tags / Kata Kunci: Jazeman Jaafar

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan