Peminat Berkurangan, F1 Ubah Peraturan

Diterbitkan: Khamis, 21 Mei 2015 11:41 AM

(Ubah saiz teks)

PELUMBA Formula Satu (F1), Fernando Alonso menyambut baik perubahan peraturan untuk meningkatkan potensi sukan F1 serta meningkatkan jumlah penonton.

Jumlah penonton yang hadir untuk menyaksikan perlumbaan serta yang menonton di rumah dilihat semakin merosot dan ini merupakan antara perkara utama yang dibincangkan dalam mesyuarat kumpulan strategi F1 minggu lalu.

Kumpulan tersebut mengumumkan, beberapa peraturan akan diubah untuk memastikan kelajuan jentera pelumba dapat ditingkatkan serta pengisian bahan bakar yang dihentikan pada 2010 juga sedang dipertimbangkan bagi musim 2017.

Alonso yang bersetuju mengenai pengubahan peraturan berkata kekurangan kehadiran penonton sewaktu perlumbaan menjadi bukti bahawa perubahan perlu dilakukan kerana tahap sukan tersebut semakin merosot.

"Jika peraturan diubah mengikut peraturan seperti pada tujuh atau lapan tahun lalu ini bermakna kami telah mengambil keputusan yang salah sejak empat atau lima tahun lalu," kata Alonso.

Pelumba McLaren itu percaya slot untuk pengisian bahan bakar juga akan menjadi elemen penting untuk menambah keghairahan dalam perlumbaan yang turut mengakui perlumbaan kini mudah diramal.

"Ianya amat membantu sekiranya anda boleh memilih pilihan bahan bakar yang mahu digunakan untuk memulakan perlumbaan seperti dahulu.

"Saya masih ingat lagi pada tahun 2003, saya berada di kedudukan hadapan dengan mempunyai separuh bahan api lebih banyak dari pelumba lain dan saya mampu memenangi perlumbaan itu.

"Banyak perkara yang boleh berlaku pada 10 pusingan pertama ditambah dengan kereta keselamatan yang ada di dalam litar atau hujan yang mengganggu perlumbaan.

"Sekiranya diberi pilihan, saya akan meletakkan perintah grid di litar ini (Monaco), di Kanada, dan juga di Austria walaupun saya akan terlepas satu atau dua kedudukan," katanya.

Pelumba berusia 33 tahun itu juga berkata, perlumbaan F1 kini tidak memberi cabaran fizikal dan mental kepada pelumba seperti dahulu kerana jentera yang digunakan hanya pantas beberapa saat sahaja daripada jentera yang digunakan dalam GP2.

"Kita tidak boleh mempunyai perbezaan yang sedikit berbanding dengan jentera GP2 kerana itu juga menjadi punca penonton semakin kurang berminat untuk menyaksikan perlumbaan di litar lumba.

"Jika dilihat pada tahun 2005, jentera yang digunakan adalah lapan saat lebih laju daripada jentera GP2.

"Pasukan jurutera telah membuat pengiraan mengenai perlumbaan di Malaysia dan pemenang di Sepang pada tahun ini akan ketinggalan enam pusingan di belakang pemenang perlumbaan di Malaysia pada 2006," katanya lagi.

Tags / Kata Kunci: F1 , Malaysia , Alonso

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan