Zulfahmi Yakin Beri Aksi Cemerlang Di Litar Le Mans

Diterbitkan: Selasa, 12 Mei 2015 11:42 PM

Zulfahmi Khairuddin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas melakar keputusan yang mengecewakan pada perlumbaan Moto3 awal musim ini, pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin percaya tuah akan menyebelahinya pada perlumbaan Grand Prix (GP) Perancis, hujung minggu ini.

Menganggap litar itu satu daripada litar kegemarannya, pelumba berusia 23 tahun yang mewakili Drive M7 SIC Racing Team itu percaya, beliau akan melakar keputusan lebih baik pada pusingan kelima kejohanan itu kerana mempunyai rekod cemerlang di litar itu termasuk menduduki tempat kesembilan keseluruhan pada sesi kelayakan bersama bekas pasukannya, Ongetta Air Asia Team, tahun lepas.

"Litar ini mempunyai selekoh yang tajam, dan sukar memperlahankan jentera, jadi saya fikir KTM berdepan cabaran getir di Le Mans. Bagi kami sasaran sudah pasti untuk bersaing dari mula, tetapi kami perlu atasi masalah yang kami hadapi di Litar Jerez," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pasukan itu, di sini.

"Sejak (pusingan keempat Grand Prix Sepanyol) di Jerez, saya telah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk GP berikutnya, latihan mental, saya percaya adalah satu perkara paling penting yang saya harus tumpukan pada masa ini. Ia merupakan permulaan yang sukar pada musim ini tetapi saya tahu kami mempunyai keupayaan untuk mencapai lebih kejayaan dan saya akan lakukan yang terbaik untuk membuktikannya di Le Mans," katanya.

Pandangan sama turut disuarakan rakan Zulfahmi, Jakub Kornfeil dari Republik Czech yang yakin pasukan itu akan melakar keputusan lebih baik, selepas mereka berjaya melakukan peningkatan dalam setiap perlumbaan sebelum ini.

"Ini adalah penting bagi pasukan dan juga bagi pelumba kerana setiap kejayaan pendorong kekuatan mental. Sekarang saya sangat fokus dan positif dan saya perlu kekalkan dengan cara ini kami dapat terus untuk tingkatkan jentera," kata Kornfeil.

Pengurus pasukan itu, Johan Stigefelt, sebaliknya, mengingatkan pelumbanya agar tidak terlalu yakin untuk meraih keputusan lebih baik pada perlumbaan hujung minggu ini kerana litar sepanjang 4.2km itu sukar dan agak mencabar berbanding litar lain.

"Adalah penting kami memiliki jentera yang sempurna jadi kami boleh tingkatkan kelajuan maksimum bagi kedua-dua jentera. Saya sangat berharap kami berjaya melakar keputusan yang kami sasarkan di Le Mans," katanya.

Kornfeil kini menduduki tangga ke-17 daripada 24 pelumba dengan meraih 7 mata manakala Zulfahmi masih mencari mata pertama selepas empat pusingan, musim ini.

Tags / Kata Kunci: Zulfahmi Khairuddin , Moto3 , Litar Le Mans

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan