Masalah Enjin: Red Bull Ancam Tarik Diri Dari Formula 1

Diterbitkan: Selasa, 12 Mei 2015 3:27 PM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Pasukan Formula 1, Red Bull Racing pada Selasa mengeluarkan satu kenyataan berbentuk 'ancaman' yang mereka akan meninggalkan sukan itu jika gagal memperolehi enjin yang kompetitif.

Red Bull juga menegaskan, yang mereka kini sedang berbincang secara tidak formal dengan Audi dan mereka sedang menimbang untuk menarik diri jika pembuat kereta mewah itu tidak bersama pada masa depan.

Pasukan Red Bull yang merupakan bekas juara F1 empat tahun berturut-turut bersama Sebastian Vettel tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa mereka dengan rakan sepasukan Renault di atas kegagalan untuk menguasai enjin hibrid yang mula diperkenalkan dalam F1 musim lalu.

Penasihat mereka, Helmut Marko berkata, Red Bull sedang berusaha untuk membawa masuk Audi buat pertama kalinya dalam F1.

"Tetapi jika kami gagal memperolehi enjin yang kompetitif pada masa akan datang, sama ada kami menarik diri atau Audi menyertai kami sebagai rakan kongsi baru," tegas Marko.

Buat masa ini katanya, perbincangan dengan Audi hanyalah perbincangan tidak formal.

Sepertimana kebanyakan pasukan yang lain, Red Bull mempunyai komitmen kontraktual dengan F1 sehingga 2020.

Red Bull juga masih terikat dengan kontrak bersama Renault sehingga penghujung musim 2016.

Audi adalah sebahagian daripada jenama dalam keluarga Volkswagen (VW). Kumpulan VW kini juga adalah pemilik jenama-jenama mewah dan besar seperti Porsche, Lamborghini dan Bugatti.

Ferdinand Piech, 78, yang mengepalai Kumpulan VW selama lebih 20 tahun telah melepaskan jawatannya bulan lepas.

Dia menentang sebarang usaha untuk membawa masuk mana-mana jenama VW, dalam F1, sebahagian besarnya disebabkan oleh perasaan tidak sukanya kepada supremo F1, Bernie Ecclestone.

Bagaimanapun Pengerusi Audi, Rupert Stadler memang diketahui menaruh minat untuk membawa masuk Audi dalam saingan F1.

Ideanya itu ditentang oleh Piech Januari lalu.

Pada masa yang sama, Renault kini sedang bergelut dengan enjin hibrid yang diwajibkan melalui peraturan baru musim lalu.

Tahun ini sahaja telah menyaksikan pemandu Red Bull, Daniel Ricciardo bertukar empat buah kereta kerana masalah pada setiap enjin yang digunakannya.

Jumlah itu telah melebihi kuota yang ditetapkan oleh peraturan F1.

Sebagai perbandingan, pemandu Mercedes-Petronas, Lewis Hamilton dan Nico Rosberg, masing-masing masih menggunakan enjin yang sama dalam semua lima perlumbaan yang disertai mereka musim ini.


iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan