F1: Lewis Hamilton Nikmati Kehidupan Juara

Diterbitkan: Sabtu, 18 April 2015 5:18 PM

(Ubah saiz teks)

PELUMBA Formula Satu (F1), Lewis Hamilton kini merasakan dirinya berada di prestasi terbaik dan menikmati kejayaan sebagai Juara Dunia F1 sebanyak dua kali.

Hamilton berjaya mencatat dua kemenangan dari tiga perlumbaan musim ini dan memenangi lapan daripada sepuluh perlumbaan terakhirnya.

Pelumba Mercedes itu menerangkan cara pemanduannya kini lebih baik.

"Prestasi saya kini lebih baik berbanding musim lepas dan banyak perubahan yang dilakukan seperti cara pemanduan serta cara untuk saya menyesuaikan diri.

"Saya amat gembira dengan perubahan tersebut dan bangga dengan apa yang  berjaya dicapai setakat ini," kata Hamilton.

Hamilton memenangi kejuaraan pertamanya semasa musim kedua dalam perlumbaan F1 pada 2008 namun menyatakan dia berasa lebih gembira apabila berjaya memenangi kejuaraan tersebut buat kali kedua pada musim lalu.

"Saya masih muda ketika memenangi kejuaraan pertama dan sudah lama saya tidak bergelar juara dunia.

"Ia merupakan satu perasaan yang menakjubkan apabila berjaya memenangi kejuaraan tersebut buat kali kedua.

"Saya tidak rasa seperti seorang juara semasa memenangi kejuaraan F1 untuk kali pertama jadi saya bertekad untuk mengubah perasaan itu dan saya amat gembira apabila berjaya memenangi semula gelaran itu," tambah Hamilton lagi.

Pelumba Britain itu mengungguli kedudukan kejuaraan F1 musim ini, 13 mata dihadapan Juara Dunia F1 termuda, Sebastian Vettel, dan 17 mata dihadapan rakan sepasukannya, Nico Rosberg.

Rosberg mengaku berang dengan sikap Hamilton semasa perlumbaan Grand Prix China di Shanghai minggu lalu.

Rata-rata peminat F1 menganggap kemarahan pelumba Jerman itu adalah tanda kekecewaan terhadap kejayaan Hamilton dalam pertempuran mental.

Hamilton menjelaskan pertempuran mental yang perlu dihadapi adalah dengan dirinya sendiri kerana dia mahu meningkatkan prestasinya setiap musim dan menjadi pelumba yang terbaik.

Tags / Kata Kunci: Lewis Hamilton , F1

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan