ARRC: Format Baharu Pilih 10 Pelumba Terbaik Kelas Underbone 130CC

Diterbitkan: Khamis, 16 April 2015 10:39 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perlumbaan kelas Underbone 130cc pada Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) musim ini dijangka lebih menarik dengan pengenalan format menentukan kedudukan 10 pelumba terbaik pada sesi latihan.

Promoter, Two Wheels Motor Racing Sdn. Bhd., (TWMR) mengumumkan 'SuperPole' merupakan acara catatan masa bagi menentukan barisan 10 pelumba terbaik pada sesi latihan.

Dalam kategori Cub Prix, Superpole menjadikan perlumbaan lebih dramatik dengan detik-detik menarik dan kami yakin untuk membawa suasana yang sama untuk kelas Underbone 130cc, kata Pengarah Promosi TWMR, Ron Hogg, dalan kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata pelumba menyambut baik format baharu kelayakan yang pasti membawa elemen taktikal yang baharu serta meningkatkan peluang melakukan kejutan.

Melalui format ini, pelumba akan dilepaskan satu per satu dengan selang 15 saat antara mereka sebelum setiap pelumba melakukan perhitungan disusuli dengan pusingan terpantas sebelum kembali ke paddock pasukan masing-masing.

Ia juga akan mengkodifikasi siatuasi semasa di mana pelumba akan menghabiskan 30 minit pertama sesi kelayakan sebelum ini untuk melaras jentera sebelum berlumba berhabis-habisan pada 10 minit terakhir bagi memburu kedudukan grid.

Format ini juga akan mengurangkan jumlah pelumba di trek dan pada masa sama ketika melakukan pecutan untuk merakamkan masa terpantas.

Tags / Kata Kunci: ARRC , Underbone 130cc

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan