Drive M7 SIC Team Raih Mata Pertama Walau Berdepan Cabaran Hebat

Diterbitkan: Isnin, 13 April 2015 12:09 PM

Motosikal Zulfahmi terbabas menyebabkan dia terpaksa berpuas hati berada pada kedudukan ke-16 di MotoGP yang berlangsung di Texas.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh lumba motosikal Malaysia, Zulfahmi Khairuddin menamatkan 18 pusingan pelumbaan di tempat ke-20 selepas jenteranya terbabas pada Grand Prix Motosikal Red Bull US (MotoGP) di Circuit of Americas, Texas, pada Ahad.

Pelumba pasukan Drive M7 SIC Racing itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan namun terpaksa bekerja keras untuk mengatasi masa yang hilang itu dan usahanya itu berbalas apabila berjaya menamatkan perlumbaan dalam kelompok 20 teratas setelah ketinggalan di tempat ke-31 selepas terbabas pada pusingan kedua.

"Saya tidak bermula dengan agak baik hari ini. Daripada pusingan kedua saya cuba memotong penunggang di hadapan saya dan pada selekoh ketujuh saya terbabas.

Saya dirikan motosikal dan teruskan perlumbaan dan selepas itu saya berada di tempat tercorot.

"Saya kemudian cuba membina momentum saya semula dan saya berjaya mendapatnya kembali," katanya dalam kenyataan dikeluarkan oleh pasukan itu.

Zulfahmi berkata beliau dan rakan sepasukannya Jakub Kornfeil akan lebih kompetitif pada pusingan akan datang di Argentina.

Sementara itu, Kornfeil meraih mata pertama pasukan musim ini selepas menamatkan perlumbaan di tempat ke-11.

Memberikan saingan sengit sepanjang perlumbaan itu, Kornfeil terus mempamerkan prestasi baik dengan mencatatkan masa terpantas pada pusingan 15.

"Saya berjaya memotong banyak penunggang pada laluan lurus dan pada selekoh pertama saya berada di luar sedikit, saya memang merancangnya, jadi saya berjaya memotong dua lagi penunggang.

"Kemudiannya, malangnya dalam dua atau tiga lagi pusingan saya hilang kedudukan saya kerana saya rasa kurang yakin dengan keadaan motosikal.

Bagaimanapun keadaan seterusnya bertambah baik dan saya mula rasa selesa semula," kata pelumba Republik Czech itu.

Selepas pusingan kedua, pasukan itu mengumpul lima mata dan menduduki tempat ke-14 kejohanan.

Sementara itu, Pengurus pasukan Johan Stigefelt amat gembira kerana mereka berjaya mencapai sasaran untuk mengumpul mata dalam perlumbaan pada Ahad.

"Bukan mudah untuk mencapainya daripada posisi awal kami, jadi kami tahu kami perlu berjuang bermati-matian. Jakub berjaya membuat permulaan yang amat baik dan berada pada kedudukan 16 pada selekoh pertama.

"Bagi beberapa pusingan seterusnya beliau bersaing sengit dengan beberapa penunggang dan ketinggalan 20 saat, jadi itu sukar baginya. Malangnya beliau ketinggalan daripada pasukan itu dan hanya selepas beberapa pusingan baru beliau mendapat rentak semula," katanya.

Katanya perkara paling untuk diberi tumpuan pada perlumbaan akan datang ialah memastikan pelumba memulakan perlumbaan pada posisi lebih baik.

Bagi Zulfahmi, Stigefelt berkata pihaknya akan membuat penilaian dan akan berusaha untuk memperbaiki prestasi pelumba berumur 22 tahun itu.

"Kami akan terus ke Argentina dari sini jadi tidak ada masa untuk berehat.

Kami perlu kekal fokus dan melakukan yang terbaik untuk memperbaiki keputusan kami pada Grand Prix seterusnya," katanya.

Pusingan ketiga MotoGP akan berlangsung di Termas de Ro Hondo Circuit Argentina pada 17 hingga 19 April.-- Bernama

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan