GP China: Hamilton Bermula Di Petak Pertama Perlumbaan Ahad

Diterbitkan: Ahad, 12 April 2015 1:09 AM

Lewis Hamilton.

(Ubah saiz teks)

LEWIS Hamilton sekali lagi akan memulakan perlumbaan di petak pertama pada Ahad selepas mencatatkan masa terpantas pada pusingan kelayakan Grand Prix China, Sabtu.

Hamilton menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 1:35.782 saat.

Rakan sepasukannya, Nico Rosberg sekadar di tempat kedua dengan perbezaan 
0.280 saat.

Ia merupakan kejayaan ke-41 Hamilton dalam merebut petak pertama.

Ini juga bermakna dia berjaya mengekalkan rekod 100 peratus dalam menyambar petak pertama bagi ujian kelayakan musim 2015.

Pelumba Ferrari, Sebastian Vettel mengungguli petak ketiga selepas mengatasi tiga pelumba lain iaitu, Felipe Massa, Valtteri Bottas dan Kimi Raikkonen.

Manakala Daniel Ricciardo mendapat tempat ketujuh dihadapan Romain Grosjean, Felipe Nasr dan Marcus Ericsson.

Catatan Masa: 

1 Lewis Hamilton, Mercedes - 1:35.782

2 Nico Rosberg, Mercedes - 1:35.824 0.042

3 Sebastian Vettel, Ferrari - 1:36.687 0.905

4 Felipe Massa, Williams - 1:36.954 1.172

5 Valtteri Bottas, Williams - 1:37.143 1.361

6 Kimi Raikkonen, Ferrari - 1:37.232 1.450

7 Daniel Ricciardo, Red Bull - 1:37.540 1.758

8 Romain Grosjean, Lotus - 1:37.905 2.123

9 Felipe Nasr, Sauber - 1:38.067 2.285

10 Marcus Ericsson, Sauber - 1:38.158 2.376

11 Pastor Maldonado, Lotus - 1:38.134

12 Daniil Kvyat, Red Bull - 1:38.209

13 Max Verstappen, Toro Rosso - 1:38.393

14 Carlos Sainz, Toro Rosso - 1:38.538

15 Sergio Perez, Force India - 1:39.290

16 Nico Hulkenberg, Force India - 1:39.216

17 Jenson Button, McLaren - 1:39.276

18 Fernando Alonso, McLaren - 1:39.280

19 Will Stevens, Manor - 1:42.091

20 Roberto Merhi, Manor - 1:42.842
Tags / Kata Kunci: F1 , Lewis Hamilton , GP China

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan