Moto3: Nasib Malang Pasukan Drive M7 Pada Sesi Kelayakan

Diterbitkan: Ahad, 12 April 2015 6:26 PM

Zulfahmi berbincang sesuatu dengan pengurus pasukan Johan Stigefelt (dua kanan).

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Drive M7 Racing berdepan nasib malang pada sesi kelayakan Grand Prix Motosikal Red Bull US di Litar Americas,Texas pada Sabtu. 

Pelumba Moto3 Malaysia Zulfahmi Khairuddin dilihat berpeluang menduduki kelompok 15 teratas di grid, namun masalah teknikal menghalangnya daripada berada di kedudukan itu pada sesi kelayakan tersebut.

Pelumba berusia 23 tahun itu menamatkan sesi kelayakan tersebut di tempat ke-28 selepas mencatat masa terpantas 2 minit 17.941 saat, 2.597 saat dibelakang pendahulu Danny Kent daripada pasukan Leopard Racing yang meraih petak utama dengan masa 2:15.344s.

"Pada sesi kelayakan ia benar-benar kering dan saya berasa selesa denganjentera tersebut. Apabila saya keluar semula selepas bendera merah, saya mula berdepan sedikit masalah dengan kotak gear.

"Keadaan itu memberi kesan terhadap sesi kelayakan saya," kata Zulfahmi yang menamatkan keseluruhan sembilan pusingan pada sesi kelayakan tersebut.

Rakan sepasukan, Jakub Kornfeil dari Republik Czech turut terlepas peluangmencatat masa terpantas selepas membuat beberapa perubahan kepada jenteranya, apabila sesi kelayakan itu tamat.

Kornfeil yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-22 pada 8 April lepas,menamatkan sesi kelayakan tersebut di kedudukan ke-23 selepas melakukan 15 pusingn dengan masa terpantas 2:17.621s.

"Untuk pusingan akhir sesi kelayakan, kami menggunakan tayar lembut dan jentera itu tidak berfungsi dengan baik, tetapi saya tetap menunggangnya.

"Saya melakukan empat pusingan dan cuba mengejar beberapa pelumba dihadapan, namun setiap kali saya melakukannya, mereka terus memecut, jadi saya tidak dapat mengekori mereka," katanya.

Sementara itu, pengurus pasukan Drive M7 Racing Johan Stigefelt berkata walaupun sekali lagi bermula di petak belakang, beliau yakin bahawa kedua-dua pelumba berkenaan mampu melakukan yang terbaik.

Stigefelt yakin pasukan berkenaan berpeluang menamatkan perlumbaan tersebut pada kedudukan yang baik kerana mereka sudah pun benar-benar bersedia untuk pusingan kedua kejohanan itu. 

Tags / Kata Kunci: Drive M7 Racing , Zulfahmi Khairuddin

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan