F1 GP China: Hamilton Jangka Ancaman Besar

Diterbitkan: Ahad, 12 April 2015 11:08 AM

(Ubah saiz teks)

PEMANDU jentera Mercedes , Lewis Hamilton menjangka akan menerima ancaman besar daripada rakan sepasukannya, Nico Rosberg dan pelumba Ferrari pada hari perlumbaan pada Ahad (hari ini).

Buat kali ketiga musim ini dan di Grand Prix (GP) China, Hamilton akan memulakan perlumbaan di petak pertama selepas mengetepikan Rosberg dengan perbazaan masa 0.042 saat semasa ujian kelayakan, Sabtu.

Ini juga merupakan langkah terbaik untuk pasukan Mercedes yang mahu bangkit selepas dikejutkan oleh pelumba Ferrari, Sebastian Vettel yang memenangi perlumbaan di Malaysia dua minggu lalu.

"Saya rasa litar lumba di China adalah satu litar yang baik untuk saya dan saya mempunyai perasaan positif apabila berlumba di sini.

"Kereta dikendalikan dengan baik pada minggu ni, lebih baik daripada di Malaysia.

"Pasukan ini sentiasa melakukan kerja yang baik dan saya rasa sangat bertuah kerana pekerja di kilang juga telah melaksanakan tugas yang baik terhadap kereta yang akan digunakan dengan membuat penambahbaikkan untuk perlumbaan minggu ini," kata Hamilton.

Hamilton juga memulakan perlumbaan di petak pertama semasa di Sepang tetapi Ferrari dan Vettel menggunakan strategi dua hentian untuk mengatasinya Ahad lalu.

"Setakat ini kami tidak menghadapi apa-apa masalah dan itu merupakan langkah besar untuk kami tetapi Mercedes akan menghadapi perlumbaan yang sukar Ahad ini.

"Nico adalah seorang pelumba yang hebat dan pasukan Ferrari mempunyai kelajuan jangka panjang yang bagus, jadi ini adalah satu perlumbaan yang tidak boleh dijangka," katanya lagi.


Tags / Kata Kunci: F1 , China , Lewis Hamilton

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan