Lewis Hamilton Juara GP China

Diterbitkan: Ahad, 12 April 2015 4:53 PM

(Ubah saiz teks)

PELUMBA Mercedes, Lewis Hamilton mengungguli perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix China di Shanghai di hadapan rakan sepasukannya, Nico Rosberg.

Hamilton mendominasi dari awal perlumbaan dan kelihatan selesa di hadapan walaupun menerima mesej dari pasukannya untuk meningkatkan kelajuan di pertengahan perlumbaan.

"Apa yang penting adalah untuk mengawal jarak di antara saya dan Nico.

"Saya perlu menjaga keadaan tayar supaya saya dapat meningkatkan kelajuan apabila diperlukan," kata Hamilton mempertahankan keputusannya.

Pelumba Ferrari, Sebastian Vettel dan Kimi Raikkonen masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat.

Kedua-dua pelumba tersebut cuba memberi tekanan kepada pasukan Mercedes pada awal perlumbaan tetapi dilihat semakin jauh selepas hentian pit kedua.

"Keseluruhannya ia merupakan satu perlumbaan yang baik.

"Kami berjaya merapatkan jurang apabila menggunakan tayar jenis kompaun tetapi mereka lebih laju apabila menggunakan tayar keras," kata Vettel.

Felipe Massa dan Valtteri Bottas dari pasukan Williams pula berjaya mengekalkan kedudukan mereka pada awal perlumbaan dengan menduduki tempat kelima dan keenam.

Nasib malang berterusan buat pelumba Toro Rosso, Dany Kvyat dan Max Verstappen apabila terpaksa menghentikan perlumbaan kerana kepulan asap keluar daripada bahagian enjin.

Verstappen menghentikan kereta yang dipandunya pada dua pusingan terakhir perlumbaan sebelum diiringi oleh kereta keselamatan sehingga ke penghujung litar.

Pelumba Lotus, Pastor Maldonado mengalami perlumbaan yang ganjil apabila terlepas lorong untuk memasuki pit dan dan tidak dapat meneruskan perlumbaan kerana merempuh jentera pelumba McLaren, Jensen Button.

Manor Marussia mungkin merupakan pasukan yang paling gembira minggu ini apabila kedua-dua pelumba, Will Stevens dan Roberto Mehri berjaya menamatkan perlumbaan buat kali pertama tahun ini dengan menduduki tempat ke 15 dan 16.

Tags / Kata Kunci: Lewis Hamilton , GP China

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan