Hamilton Kecewa Isu Kontrak Baharu Dengan Mercedes Belum Selesai

Diterbitkan: Khamis, 9 April 2015 6:27 PM

Hamilton menjangkakan kontrak barunya dengan Mercedes-Petronas akan dapat diselesaikan selepas berakhirnya GP Malaysia tetapi kini dia kecewa kerana nampaknya kontrak itu tak akan selesai juga sehingga GP China 12 April ini.

(Ubah saiz teks)

> Kontrak tersebut yang sepatutnya selesai minggu lalu kini tergantung

> Hamilton mengibaratkannya sebagai 'duri dalam daging'

> Dia sebelum ini penuh yakin kontrak baru itu akan dimeteraikan selepas GP Malaysia

> Juara dunia itu tidak menggunakan khidmat ejen untuk rundingan kontraknya

> Kini Hamilton berkata tidak mungkin ia akan selesai sebelum GP China

JUARA F1, Lewis Hamilton menyatakan rasa kecewa kerana kontrak barunya bersama pasukan Mercedes-Petronas masih tertangguh dan tidak dapat diselesaikan sebagaimana yang diharap-harapkannya.

Malah ia kini menyifatkannya sebagai 'duri dalam daging'.

Hamilton tidak menggunakan khidmat ejen untuk merundingkan kontrak barunya ini dan ia kini dilihat sebagai punca mengapa kontrak tersebut tidak dapat dimeteraikan lagi khususnya perkara-perkara yang melibatkan aspek perundangan dan lain-lain terma yang rumit.

Selepas GP Malaysia 11 hari yang lalu, Hamilton membuat pengumuman yang kontrak barunya dengan Mercedes sudah hampir selesai dan ia hanya di tangan peguam masing-masing untuk memeteraikannya.

Adalah dianggarkan kontrak barunya itu bernilai £21 juta setahun.

Menurut Hamilton sendiri, 99.6 peratus kandungan kontrak barunya itu telah dipersetujui dan diselesaikan.

Tetapi kini sebaliknya yang telah berlaku dan pelumba berusia 30 tahun itu tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya kerana penangguhan tersebut.

Bercakap kepada Sky Sports News, Hamilton menambah: "Memang benar pada perlumbaan sebelum ini (GP Malaysia), saya telah menyatakan kontrak ini akan selesai dalam tempoh seminggu. Hakikatnya ini tidak berlaku. Inilah juga buat pertama kalinya saya merundingkan kontrak baru ini tanpa menggunakan khidmat ejen dan anda semua tidak tahu sudah berapa kali saya ulang baca kontrak setebal 80 mukasurat ini."

"Kandungannya terlalu banyak dan kesemuanya dalam terma yang menggunakan istilah undang-undang yang hanya difahami oleh peguam...jadi ia bagaikan duri dalam daging bagi saya," tegasnya lagi sambil menambah dia tidak nampak ia akan berjaya diselesaikan sebelum GP China.

GP China akan berlangsung Ahad ini di Sirkit Antarabangsa Shanghai.

Hamilton adalah juara GP China sebanyak tiga kali termasuk perlumbaan tahun lalu.

Pelumba British itu dijangka akan menerima tentangan hebat daripada Sebastian Vettel yang kini memandu jentera Ferrari.

Vettel berjaya meletakkan Ferrari kembali ke podium iaitu yang pertama kali dalam tempoh dua tahun dengan menjuarai GP Malaysia.

Walaupun begitu Hamilton masih mendahului senarai pungutan mata pelumba dengan memenangi GP Australia dan mendapat tempat kedua di GP Malaysia.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan