Jorda Sokong F1 Wanita

Diterbitkan: Ahad, 5 April 2015 7:42 PM

Carmen Jorda

(Ubah saiz teks)

PEMANDU pelatih Lotus, Carmen Jorda menyokong cadangan Ecclestone untuk mewujudkan semula siri Formula 1 bagi kategori wanita.

Pelumba seperti Susie Wolff dan Jorda adalah antara pelumba wanita yang menempa dalam bidang sukan permotoran.

Bagaimanapun, pelumba wanita dari Itali, Lella Lombardi kekal menjadi wanita terakhir menyertai perlumbaan F1 pada 1976.

Ecclestone memberi cadangan untuk mewujudkan siri F1 kategori wanita sebagai langkah untuk melahirkan bintang F1 wanita.

"Kita perlu lakukan sesuatu untuk mencapai matlamat melahirkan bintang F1 wanita, jadi saya cadangkan kepada pasukan untuk mewujudkan kejuaraan khusus untuk wanita," katanya.

Bagaimanapun, idea tersebut tidak disetujui Wolff dan Presiden Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) wanita dalam sukan permotoran, Michele Mouton.

Bagi Jorda pula, dia percaya idea tersebut adalah langkah berkesan bagi meramaikan pelumba F1 wanita.

"Pasukan kami mengambil langkah demi langkah dalam melatih pemandu wanita dan sebagai pelumba yang hanya berusia 26 tahun, saya tidak perlu terburu-buru dan tentu sekali menarik jika kejuaraan wanita diadakan," katanya.

Tambah Jorda lagi, kebolehan wanita untuk menceburi bidang yang didominasi golongan lelaki membuatkan kaum Hawa itu  tidak berpeluang menyertai pertandingan.

"Ketika ini kebanyakkan sukan mempunyai ketegori wanita seperti bola sepak, tenis, dan bola keranjang, malahan tiada sukan yang memerlukan lelaki untuk bertanding dengan wanita jadi kenapa tidak diwujudkan kejuaraan F1 untuk wanita," soalnya.


Tags / Kata Kunci: Carmen Jorda , F1 , Susie Wolff

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan