F1 Malaysia: Vettel Tawan Litar Sepang Kali Keempat, Atasi Hamilton

Diterbitkan: Ahad, 29 Mac 2015 5:25 PM

Vettel menjuarai perlumbaan Formula 1 Grand Prix Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang pada Ahad. Foto: S.S KANESAN/The Star

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Juara dunia empat kali, Sebastian Vettel membuktikan jentera Scuderia Ferrari mampu menghalang kepantasan Mercedes AMG Petronas selepas berjaya menguasai Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia, Ahad.

Bekas pelumba Red Bull ini menjulang trofi pertama bersama Ferrari musim ini, selepas meraih tempat ketiga pada perlumbaan pembukaan  Grand Prix Australia dua minggu lalu. 

Vettel mencatat masa terpantas 1:47.634 saat meninggalkan kedua-dua pelumba Mercedes Hamilton (1:46.109s) dan Rosberg (1:44.898) di tempat kedua dan ketiga yang sebelum ini mendominasi kedudukan satu dua ketika pusingan pertama serta sesi latihan bebas sebelum ini.

Lebih manis, kemenangan pertama musim baharu bersama Ferrari ini menjadikan Vettel sebagai pelumba paling banyak menjulang trofi GP Malaysia dengan rekod empat kali  (2010,2011,2013 ketika bersama pasukan Red Bull).

Malah kemenangan Vettel itu juga turut memadam kemarau kejuaraan pasukan Ferrari sepanjang tahun 2014.  

Pasukan Ferrari merekod kemenangan terakhir pada tahun 2013 yang ketika itu dipandu Fernando Alonso pada pusingan ketiga di China dan aksi kelima di Sepanyol.

Sementara itu rakan sepasukan Vettel, Kimi Raikkonen menguasai kedudukan keempat, diikuti pelumba Williams Martini Racing, Valtteri Bottas.

“Ini merupakan salah satu kemenangan yang terbaik yang mana saya jarang bertukar pasukan, jadi memegang trofi bersama pasukan baharu adalah sesuatu yang sangat melegakan. 

“Dalam situasi saya sekarang, ia seperti mimpi menjadi kenyataan. Semenjak menyertai pasukan baharu ini, mereka amat mengalu-alukan kehadiran saya dan bermulalah kerjasama yang amat luar biasa untuk sama-sama meningkatkan lagi prestasi jentera.

“Sudah tentu juga perubahan ini  bukan perkara mudah, namun semua orang sedar akan ada sesuatu yang positif jika seseorang itu berubah. Saya gembira dengan keadaan sekarang malah sangat teruja bekerja untuk Ferrari,” jelasnya selepas perlumbaan.

Dalam pada itu, Vettel mengakui amat penting baginya untuk menjuarai perlumbaan pada peringkat awal musim.

“Ia sebagai semangat untuk pasukan. Ferrari berdepan dengan musim yang teruk tahun lalu dan mendapat pelbagai kritikan daripada semua pihak. 

“Tetapi sekarang banyak perkara yang sudah berubah, termasuk seorang pemandu. Dan saya harap yang terbaik untuk pasukan dan diri sendiri.

“Mengenai saingan daripada Lewis Hamilton dan Nico Rosberg musim ini, pasukan mereka (Mercedes) mempunyai pakej yang lengkap. Mungkin di sini (Malaysia) mereka berdepan dengan sedikit masalah dan kami menggunakan peluang itu.

“Yang pasti kami mahu berada dalam situasi seperti ini setiap perlumbaan. Namun, kami tetap realistik dengan perbezaan besar ketika ujian pra musim dan perlumbaan pertama,” tambahnya.

Selain itu, Hamilton masih mendahului kedudukan pelumba dengan 43 mata manakala Vettel mengekori rapat dengan 40 mata.


Kedudukan penuh pelumba selepas perlumbaan kedua F1 di Malaysia:


1. Lewis Hamiltin - Mercedes- 43 mata

2.Sebastian Vettel -Ferrari -40

3.Nico Resberg -Mercedes-33

4.Felipe Massa -Williams-20

5.Kimi Raikkonen-Ferrari -12

6.Felipe Nasr-Sauber-10

7.Valtteri Bottas-Williams-10

8.Daniel Ricciardo-Red Bull-9

9.Nico Hulkenberg -Force India-6

10.Max Verstappen - Toro Rosso-6

11.Carlos Sainz -Toro Rosso-6

12.Marcus Ericsson-Sauber-4

13.Daniil Kvyat -Red Bull-2

14.Sergio Perez-Force India-1

15. Jensen Button-McLaren-0

16.Romain Grosjean-Lotus-0

17.Roberto Merhi-Marussia-0

Tags / Kata Kunci: Sebastian Vettel , GP Malaysia , juara

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan