SIC: Kontrak Baharu Penganjuran F1 Dijangka Umum Pada Ahad

Diterbitkan: Sabtu, 28 Mac 2015 3:23 PM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Pengesahan rasmi mengenai kontrak baharu penganjuran perlumbaan Formula Satu (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dijangka akan diumumkan pada Ahad ini.

Pengerusi SIC, Tan Sri Mokhzani Tun Dr Mahathir berkata, masih ada lagi isu yang perlu dibincangkan sebelum mengesahkan kontrak penganjuran baharu itu. 

“Bukan isu besar cuma perbincangan lebih jelas mengenai sesuatu tugas agar semua pihak boleh faham. Dalam minggu ini, di sini (SIC) kami akan bincang dengan beberapa pihak yang terlibat.

“Dan apabila semua mencapai persefahaman, kita akan umum pada Ahad. 

“Mengenai tempoh kontrak baharu ini, kami yang mencadangkan kepada kerajaan untuk menyambung selama tiga tahun lagi.

“Secara dasarnya kami dah capai persetujuan dengan situasi menang-menang kerana kami dan pihak terbabit sudah lama bekerjasama dan sudah faham dengan keperluan masing-masing.

“Cuma perbincangan akhir ini lebih kepada bahagian undang-undang agar bahasanya mudah di fahami oleh semua pihak,,” jelasnya ketika ditemui sebelum menyaksikan aksi pusingan kelayakan perlumbaan Formula 1 Grand Prix Malaysia di SIC pada Sabtu.

Dalam pada itu, Mokhzani turut lega dengan kehadiran peminat-peminat ke litar ketika aksi latihan bebas pada Jumaat.

“Hampir 15 ribu pengunjung yang datang ke sini pada Jumaat untuk melihat aksi latihan bebas, malah mereka berpeluang berjalan di ‘pit lane’,  menikmati pelbagai aktiviti karnival yang disediakan.

“Ia merupakan sambutan yang sangat positif kerana jumlah itu jauh lebih besar berbanding tahun lalu yang hanya 6,000 pengunjung hadir pada sesi latihan bebas (Jumaat).

“Malah jumlah penjualan tiket juga berjalan lancar, cuma jumlah sebenar akan diketahui selepas perlumbaan akhir esok (Ahad).

“Kita semua maklum, ramai peminat F1 lebih suka membeli tiket di saat akhir, seperti beli tiket wayang-beli dan terus masuk,” jelasnya.

Mengenai perlumbaan akhir nanti, Mokhzani percaya tumpuan pastinya kepada dua pelumba Mercedes AMG Petronas Lewis Hamilton dan Nico Rosberg.

“Persaingan di antara Lewis dan Nico, sambungan daripada Grand Prix Australia baru-baru ini. 

“Jentera Mercedes sekarang lebih jauh di depan berbanding dengan pasukan lain, dan hanya Nico sahaja yang boleh mencabar rakan sepasukannya itu, malah dia ada cakap nak terbalikkan keputusan yang dicatat di Australia sebelum ini,"tambahnya.

Pada aksi pembukaan F1 di Melbourne 15 Mac lalu, Hamilton dan Rosberg menguasai kedudukan pertama kedua perlumbaan.

Tags / Kata Kunci: Tan Sri Mokhzani Tun Dr Mahathir , SIC , F1

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan