F1: Red Bull Ugut Tarik Diri, Bosan Dengan Aksi Mercedes

Diterbitkan: Selasa, 17 Mac 2015 10:52 AM

(Ubah saiz teks)

PASUKAN Formula Satu (F1) Red Bull mengugut untuk menarik diri daripada perlumbaan musim ini kerana bodan dengan penguasaan Mercedes, kecuali mengubah peraturan yang ada sekarang.

Red Bull antara pasukan yang melahirkan perasaan kecewa dengan aksi Mercedes yang mendominasi perlumbaan sejak musim lalu, malah mempamerkan aksi mudah untuk menjuarai perlumbaan pembukaan 2015 pada Grand Prix Australia Ahad lalu.

Pesaing utama Mercedes itu menganggap perlumbaan ini amat membosankan dan penasihat Red Bull Helmut Marco berkata, jika ia tidak dihalang, kemungkinan besar ramai pelumba yang lari dan minat dalam acara ini akan hilang.

Marko berkata pasukan Red Bull yang telah menjuarai empat gelaran dunia empat tahun berturut-turut sebelum ini mungkin akan menarik diri kerana pasukan milik jutawan Jerman Dietrich Mateschitz sudah hilang minat.

"Kami akan menilai situasi yang ada sekarang sekali lagi termasuk akan melihat pendapatan dan kos yang telah digunakan.

"Jika kami benar-benar kecewa, mungkin akan keluar F1.

"Ya, amat 'bahaya' jika Mateschitz hilang minat dalam F1," jelasnya.

Sementara itu, supremo F1, Bernie Ecclestone turut bersimpati dengan nasib Red Bull itu.

"Apa yang mereka luahkan itu 100 peratus benar. Peraturan yang ditetapkan oleh bekas presiden Max Mosley telah meletakkan mereka di kedudukan sekarang.

"Pengeluar enjin telah melakukan magis yang menyaksikan Mercedes berada jauh di depan.

"Tidak ada apa yang boleh menghalang Mercedes kecuali semua perlu lebih fleksibel," jelasnya.

Pelumba Mercedes, Lewis Hamilton sekali lagi mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri dengan kemenangan diikuti rakan sepasukannya, Nico Rosberg.

Hamilton dilihat mudah menguasai 58 lap perlumbaan walaupun tetap berjaga-jaga dengan jenteranya malah berjaya mencatat masa 30 saat di depan pencabar terdekat pelumba Ferrari, Sebastian Vettel.

"Kamu perlu realistik. Minggu ini milik mereka dengan aksi yang baik, bukan sahaja mengenai pasukan tetapi berdasarkan persembahan individu.

"Mereka menjadi pelumba pilihan dan sudah tentu dengan kelebihan gelaran tahun lalu, saya yakin pasukan itu akan terus berkuasa," jelasnya yang pertama kali memandu untuk Ferrari.

Tags / Kata Kunci: F1 , Red Bull , Mercedes

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan