Kejuaraan Cub Prix: Amirul Sasar Gelaran Juara Pusingan Pertama

Diterbitkan: Khamis, 5 Mac 2015 7:31 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelumba utama pasukan Pachie Yuzy Honda Racing Team, Mohd Amirul Ariff Musa  bersedia sepenuhnya untuk bergelar juara dalam saingan Kejuaraan Malaysian Cub Prix AAM 2015 di Temerloh, Pahang pada 14 dan 15 Mac ini.  

Amirul, 21, berkata, pusingan pertama di Temerloh pasti lebih sengit dengan penyertaan pelumba-pelumba baharu di samping jentera yang dinaik taraf untuk lebih 'memanaskan' litar.

“Saya bersyukur kerana segala usaha untuk sampai ke tahap ini tidak sia-sia dan berharap cita-cita untuk menjadi seorang pelumba profesional akan menjadi kenyataan.  

“Sasaran saya pada musim ini adalah memenangi kejuaraan dan ingin meneruskan karier ke tahap yang lebih tinggi,” katanya kepada mstar Online selepas majlis pelancaran musim baharu Kejuaraan Cub Prix 2015, Khamis.   

Amirul meraih kejuaraan pertama Underbone 115cc dalam kariernya setelah memenangi perlumbaan kedua pada Pusingan 5 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) Petronasdi Litar Antarabangsa Penbay, Taiwan pada tahun 2012.   

Dalam pada itu, segala pencapaian cemerlang Amirul disebabkan oleh tunjuk ajar bekas jaguh motosikal negara yang juga merupakan pengurus pasukan Pachie Yuzy Honda Racing Team, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini.  

“Saya lihat Amirul sangat berpotensi untuk pergi lebih jauh dan dia mempunyai teknik dan kemahiran yang tersendiri ketika berlumba,” katanya.   

Sentuhan Shahrol ini tidak boleh disangkal lagi apabila salah seorang anak didiknya, Mohd Zaqhwan Zaidi berjaya bergelar juara pada keseluruhan musim lalu malah berjaya menempah nama sebagai pelumba Moto2 dalam saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP).  

“Zaqhwan menjadi pencetus kepada kami malah membakar semangat untuk menjuarai musim 2015 ini,” tambahnya.   

Bagaimana pun Shahrol, 39, mengakui saingan sengit  bakal menunggu mereka terutamanya pasukan Petronas Syntium Moto Yamaha.  

“Walaupun kami adalah kawan namun ketika perlumbaan kami adalah lawan.  Pun begitu pasukan kami sudah melakukan persediaan rapi  menjelang perlumbban musim ini dan turut meletak harapan yang tinggi terhadap Amirul untuk memenangi kejuaraan,” tambahnya lagi.   

Sementara itu, Pengarah Promosi Safe Aim Mutual (SAM) Sdn Bhd, Ron Hogg memberitahu dia lebih fokus dalam mencari pelumba-pelumba muda yang berbakat dan mengharapkan lebih ramai  anak muda menyertai klinik Cub Prix yang dianjurkan terutamanya di peringkat sekolah.    

“Kejuaraan Cub Prix ini adalah platform untuk anak-anak muda menonjolkan bakat dengan berlumba secara lebih selamat dan pada masa yag sama tidak melanggar undang-undang,” katanya. 

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan