F1: Williams Jadi Pasukan Pertama Dedah Jentera 2015

Diterbitkan: Jumaat, 23 Januari 2015 12:57 PM

(Ubah saiz teks)

WILLIAMS menjadi pasukan pertama memperkenalkan jentera baharu bagi aksi Formula Satu (F1) musim ini.

Jentera British ini berpuas hati dengan penampilan musim lalu selepas menamatkan saingan pengeluar di kedudukan ketiga, selepas Mercedes dan Red Bull.

Pelumba Valtteri Bottas yang berada di kedudukan keempat keseluruhan pemandu tahun lalu akan terus bersama Felipe Massa mengharungi kempen musim ini.

Manakala pelumba Britain, Susie Wolff diberi peluang menjadi pelumba percubaan rasmi pasukan ini.

Pengasas dan prinsipal pasukan ini, Sir Frank Williams berkata: "Pasukan mengharungi musim cemerlang tahun lalu dan kami sudah bersedia bertemu tahun 2015 dengan posisi yang lebih mantap.

"Kami mempunyai pasukan 'belakang' yang setia di Williams dan hanya mahu memastikan pasukan melakukan yang terbaik.

"Selepas melalui saingan sengit daripada Mercedes, kami akan terus mengekalkan hubungan itu untuk meraih lebih banyak podium tahun ini. 

"Saya dapat rasakan tahun ini akan menjadi lebih teruja dan mahu melihat jentera mana yang akan berada di petak pertama dalam perlumbaan pertama nanti".

Tags / Kata Kunci: williams

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan