Konsert Lenny Kravitz Di Grand Prix F1 Malaysia Pada 29 Mac

Diterbitkan: Rabu, 14 Januari 2015 12:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemenang empat Grammy Awards, Lenny Kravitz akan membuat persembahan selama 70 minit di kejohanan Grand Prix F1 Petronas Malaysia 2015 pada 29 Mac ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali berkata, konsert pemuzik rock itu akan diadakan di SIC selepas perlumbaan berakhir dari pukul 6.30 petang hingga 11.30 malam.

Beliau berkata, tiada caj tambahan dikenakan kepada kesemua pemegang tiket untuk menyaksikan konsert berkenaan yang turut disertai artis tempatan.

Konsert sebagai penghargaan kepada penonton yang memberi sokongan kepada perlumbaan, katanya.

Kravitz sudah 20 tahun berada dalam industri muzik dengan menghasilkan 10 album yang terjual lebih 38 juta di seluruh dunia.

Tags / Kata Kunci: Lenny Kravitz , SIC , Razlan Razali

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan