F1: Bekas Juara Grand Prix Monaco 1972 Meninggal Dunia

Diterbitkan: Selasa, 6 Januari 2015 1:21 PM

Beltoise bergambar disisi jenteranya ketika menyertai perlumbaan endurance Le Mans pada tahun 1976.

(Ubah saiz teks)

BEKAS juara Formula Satu Grand Prix Monaco 1972 Jean-Pierre Beltoise meninggal dunia pada usia 77 tahun pada Selasa.

Pelumba legenda Perancis ini memulakan karier di tempat kelahirannya pada tahun 1961 dan 1964 dengan menyertai Grand Prix Motosikal Dunia sebelum beralih arah kepada perlumbaan empat tayar.

Bagaimana pun kariernya hampir berakhir walaupun baharu sahaja bermula apabila terlibat dengan kemalangan ngeri di Reims pada tahun 1964.

Walaupun gagal menggerakkan tangan kiri sepenuhnya, Beltoise meneruskan aksinya mengukir kejayaan bersama pasukan Matra dalam perlumbaan F3 dan F2 sebelum menyertai F1 dengan pengeluar jentera Perancis itu.

Tanpa mengambil tempoh yang lama, Beltoise menamatkan saingan Grand Prix Belanda 1968 di tempat kedua dalam musim penuh perlumbaan.

Beltoise terus berlumba untuk Matra sehingga tahun 1971 sebelum mengalami kemalangan maut melibatkan Ignazio Giunti dan lesennya digantung sementara.

Namun pada tahun 1972, dia kembali ke arena perlumbaan dengan menyertai pasukan BRM dan mencatat kejayaan di Grand Prix Monaco pada tahun sama.

Pada tahun 1974, Beltoise bersara dari dunia F1 sebaik sahaja tamat musim perlumbaan.

Beltoise dilaporkan meninggal dunia selepas diserang strok di rumah percutiannya di Dakar, Senegal.

Tags / Kata Kunci: Jean-Pierre Beltoise

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan