Cub Prix: Afif Berdepan Saingan Sengit Rebut Tempat Kedua

Diterbitkan: Isnin, 24 November 2014 7:29 PM

Afif (kiri) menamatkan saingan di tempat kedua pada aksi di Jempol sebelum ini.

(Ubah saiz teks)

PELUMBA Petronas Yamaha-CKJ Ahmad Afif Amran mengakui sedikit gementar menjelang saingan penutup tirai Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2014 di Alor Setar, Kedah, minggu ini.

Afif bakal berhadapan dengan saingan sengit tiga penjuru bersama Norizman Ismail dan Affendi Rosli bagi memburu gelaran naib juara keseluruhan CP130.

Dengan gelaran juara yang sudahpun menjadi milik Mohd Zaqhwan Zaidi dari pasukan Givi Honda Yuzy Racing, Afif kini berada di tangga kedua dengan 121 mata, hanya berkelebihan 10 mata ke atas juara dua kali, Norizman (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) yang turut berkongsi mata bersamacub prix Affendi.

"Perlumbaan di Alor Setar minggu ini pasti bukan sesuatu yang mudah. Apatah lagi, jurang 10 mata ketika ini tidak membawa banyak kelebihan kepada saya, jadi saya perlu bekerja keras dan menamatkan saingan di kelompok hadapan jika ingin menamatkan musim ini di belakang Zaqhwan," jelasnya.

Katanya Norizman dan Affendi merupakan pelumba yang cukup berpengalaman dan kedua-duanya juga mahu memenangi perlumbaan di Kedah bagi memastikan gelaran naib juara menjadi milik mereka. 

"Saya tidak boleh mengambil langkah mudah dan perlu mengerah segala keupayaan yang ada untuk memastikan kejayaan menjadi milik saya, sama sepertimana yang cuba dilakukan dalam setiap perlumbaan lepas.

"Pun begitu, Afif percaya dengan pengalaman yang dimiliki sebagai pelumba rookie sepanjang musim ini yang membawa kejayaan memenangi perlumbaan di Muar dan Teluk Intan serta tiga podium di Terengganu, Melaka dan Jempol, dia mampu untuk mengatasi cabaran dua pelumba senior itu.

"Saya fikir tidak ada sebarang masalah untuk saya mempertahankan kedudukan kedua ketika ini. 

"Pengendalian jentera saya berada pada tahap optimum manakala pasukan pula sentiasa menyediakan jentera yang begitu kompetitif.

"Memandangkan kami masih belum pernah beraksi di litar ini, saya perlu mengumpul seberapa banyak data penting ketika sesi latihan sebelum melakukan perubahan untuk mendapatkan pelarasan terbaik dan pada masa sama perlu cepat menyesuaikan diri bentuk litar," tambahnya.

Tags / Kata Kunci: Cub Prix , Alor Setar

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan