F1: Abu Dhabi Saksi Hamilton Rangkul Gelaran Dunia Kali Kedua

Diterbitkan: Ahad, 23 November 2014 11:15 PM

Hamilton dinobatkan sebagai juara dunia selepas menguasai perlumbaan di Abu Dhabi, Ahad.

(Ubah saiz teks)

PELUMBA Mercedes-Petronas, Lewis Hamilton mengesahkan gelaran juara dunia buat kali kedua selepas memenangi Grand Prix Abu Dhabi, pada Ahad malam. 

Ia adalah kemenangan ke-11 daripada 19 perlumbaan musim ini buat Hamilton dengan mengumpul 334 mata.

GP Abu Dhabi adalah perlumbaan penutup musim bagi tahun ini.

Hamilton, 29, meraih gelaran dunia buat kali pertama ketika bersama pasukan McLaren pada tahun 2008.

Hamilton kini turut mencatat rekod sebagai pelumba Britain pertama yang merangkul gelaran berganda selepas Jackie Stewart melakukannya pada 1971.


Rakan sepasukannya yang juga pencabar terdekat, Nico Rosberg berada di belakang Hamilton dengan mencatat 317 mata keseluruhan walaupun pada aksi akhir ini dia hanya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-14.

Rosberg gagal mengejar Hamilton selepas kehilangan kuasa enjin pada lap ke-25 selepas memulakan saingan di petak pertama.

Sementara itu pelumba Brazil Felipe Massa menamatkan perlumbaan di tangga kedua untuk pasukan Williams diikuti rakan sepasukannya dari Finland, Valtteri Bottas di tempat ketiga.


Tags / Kata Kunci: F1 , Lewis Hamilton , Juara Dunia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan