Piquet Sasar Kutip Lebih Mata Di Putrajaya

Diterbitkan: Khamis, 20 November 2014 1:12 AM

Piquet Jr ketika sesi bertemu media sempena perlumbaan pusingan kedua Kejohanan FIA Formula-E (Formula-E) di Kuala Lumpur, malam Selasa. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelumba Pasukan China Racing Formula E, Nelson Piquet Jr, berhasrat untuk sekali lagi menampilkan prestasi mantap pada perlumbaan Kejohanan FIA Formula E (ePrix) di Putrajaya, Sabtu ini.

Pelumba kelahiran Jerman berusia 29 tahun itu menamatkan perlumbaan pada kedudukan kelapan untuk mengutip empat mata pada saingan pembuka tirai kejohanan berkenaan di Beijing, China pada September lepas.

"Saya mahu terus meraih mata pada kejohanan ini. Pasukan kami semakin meningkat sejak perlumbaan di China.

"Kami mengadakan banyak ujian simulator dan pembangunan simulasi. Saya berpendapat kami melakukan yang terbaik dan banyak belajar daripada perlumbaan pertama. Saya berasa yakin menjelang perlumbaan hujung minggu ini," katanya pada sesi bertemu media di sini, malam Selasa.

Pelumba Pasukan Audi Sport ABT dari Brazil, Lucas di Grassi, muncul juara pada saingan pembuka tirai itu untuk meraih 25 mata manakala pelumba Perancis, Franck Montagny, daripada pasukan Andretti dan pelumba pasukan Virgin Racing dari Britain, Sam Bird, di tempat kedua dan ketiga dengan masing-masing mengutip 18 dan 15 mata.

Pusingan kedua Kejohanan FIA Formula E (ePrix), siri perlumbaan kereta elektrik sepenuhnya yang pertama di dunia, akan diadakan di litar jalanan sementara di Putrajaya, Sabtu ini.

Pada perlumbaan sejauh 2.56km yang menampilkan 12 selekoh di litar jalanan Putrajaya berhampiran Perdana Putra yang menempatkan pejabat Perdana Menteri, akan menggunakan sebahagian besar jalan utama dan melintasi beberapa bangunan penting di bandar berkenaan termasuk Kementerian Kewangan.

Perlumbaan Putrajaya ePrix akan bermula dengan sesi latihan selama 75 minit dan diikuti sesi kelayakan, adalah saingan bagi mencatat masa terpantas dalam menentukan kedudukan pada perlumbaan sebenar pada Sabtu ini.

Saingan perlumbaan itu dijangka berlangsung kira-kira satu jam dengan pemandu disyaratkan membuat satu 'pit stop' bagi membolehkan mereka menukar jentera masing-masing.

Tags / Kata Kunci: Nelson Piquet Jr

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan