F1: Rosberg Julang Trofi Juara Di Sao Paulo

Diterbitkan: Isnin, 10 November 2014 7:20 AM

(Ubah saiz teks)

PERSAINGAN merebut juara keseluruhan musim ini kembali sengit selepas pelumba Mercedes Nico Rosberg menjuarai perlumbaan Grand Prix Formula 1 di Brazil, menewaskan rakan sepasukannya, Lewis Hamilton awal pagi Isnin.

Kemenangan kelima Rosberg musim ini sekaligus mengurangkan kedudukan mata Hamilton di tangga teratas sebelum perlumbaan akhir di Abu Dhabi 21 November ini.

Hamilton kini mengutip 334 manakala Rosberg dengan 317 mata.

Kejayaan Rosberg di Litar Sao Paulo ini sudah dijangka memandangkan dia mencatat keputusan terpantas sejak sesi latihan bebas pertama pada Jumaat.

"Minggu yang bertuah buat saya. Kesilapan yang dilakukan ketika perlumbaan di Austin minggu lalu dapat dielakkan dan saya gembira dengan kemenangan ini kerana ia bukannya mudah.

"Jentera juga berada dalam prestasi terbaik, malah teruja dapat bersaing bersama Lewis yang sentiasa berada rapat dengan saya. Walau bagaimanapun, saya pastikan dia tidak ada peluang untuk memintas saya," jelas Rosberg.

Sementara itu, pelumba Williams, Felipe Massa berjaya menaiki podium di laman sendiri di tempat ketiga.

Jenson Button dari pasukan McLaren-Mercedes menamatkan saingan di kedudukan keempat, diikuti Sebastian Vettel (Red Bull Racing-Renault).

Pelumba Ferrari, Fernando Alonso dan Kimi Raikkonen masing-masing meraih kedudukan keenam dan ketujuh.

Manakala pelumba Force India-Mercedes, Nico Hulkenberg di tempat kelapan, mengatasi Kevin Magnussen (McLaren-Mercedes) dan Valtteri Bottas (Williams).

Senarai penuh kedudukan pada perlumbaan F1 Brazil:

1. Nico Rosberg Mercedes 1:30:02.555 

2. Lewis Hamilton Mercedes +1.4 secs

3.Felipe Massa Williams-Mercedes +41.0 secs
|
4. Jenson Button McLaren-Mercedes +48.6 secs 

5.Sebastian Vettel Red Bull Racing-Renault +51.4 secs

6.Fernando Alonso Ferrari +61.9 secs

7.Kimi Räikkönen Ferrari +63.7 secs 

8.Nico Hulkenberg Force India-Mercedes +63.

9 secs 9. Kevin Magnussen McLaren-Mercedes +70.0 secs

10. Valtteri Bottas Williams-Mercedes +1 Lap

11.Daniil Kvyat STR-Renault +lap

12.Pastor Maldonado Lotus-Renault +1 Lap

13.Jean-Eric Vergne STR-Renault +1 Lap

14.Esteban Gutierrez Sauber-Ferrari +1 Lap

15.Sergio Perez Force India-Mercedes +1 Lap

16.Adrian Sutil Sauber-Ferrari+1 Lap

17.Romain Grosjean Lotus-Renault (Power unit)

Ret: Daniel Ricciardo Red Bull Racing-Renault Suspension

Tags / Kata Kunci: f1 , Nico Rosberg , Sao Paulo

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan