Caterham Berjaya Kumpul £1 Juta Untuk Bantu Mereka Beraksi Di GP Abu Dhabi

Diterbitkan: Isnin, 10 November 2014 7:56 PM

Pasukan Caterham mungkin akan berlumba buat kali terakhir dalam Formula 1, 23 November ini di GP Abu Dhabi kerana masalah kewangan yang sedang mereka hadapi sekarang.

(Ubah saiz teks)

> Pasukan pentadbir lancar kempen derma untuk selamatkan pasukan F1 ini

> Peminat boleh menderma serendah £1 sebagai tukaran kepada barangan pasukan

> Caterham dakwa mereka memerlukan keseluruhannya £2.35 juta untuk berlumba di GP penutup musim

> Mereka berjaya kumpul £1 juta sebelum GP Brazil bermula Ahad lalu

PASUKAN bermasalah Formula 1, Caterham, yang suatu ketika dahulu pernah dimiliki oleh taikun Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes berjaya mengumpul £1 juta dalam tempoh 48 jam sejuru sebelum berlangsungnya GP Brazil di Sao Paulo Ahad, dalam usaha mereka untuk terus beraksi di perlumbaan penutup musim iaitu Grand Prix (GP) Abu Dhabi.

GP Abu Dhabi dijadualkan berlangsung pada 23 November - kurang lebih dua minggu dari sekarang.

Pasukan tersebut yang kini ditadbir oleh pengurusan sementara yang dilantik oleh pihak bank (peminjam) memerlukan sekurang-kurangnya £2.35 juta bagi membolehkan mereka beraksi pada GP Abu Dhabi iaitu penutup tirai musim ini.

Skim tersebut yang dinamakan ‘Dana Peminat' memohon para peminat F1 menderma sekurang-kurangnya £1 sebagai pertukaran kepada barangan pasukan tersebut seperti topi, stiker, alat ganti kereta malah sebagai pertukaran dengan peluang makan malam bersama pemandu mereka.

Dua orang pemandu Caterham ialah Kamui Kobayashi dari Jepun dan Marcus Ericsson dari Sweden.

Pada perlumbaan GP Brazil, Caterham dan sebuah lagi pasukan yang bermasalah, Marussia tidak menurunkan pemandu serta kenderaan masing-masing kerana masalah kewangan yang mereka hadapi.

Mereka diberikan sehingga Jumaat lepas untuk mengumpulkan dana untuk membolehkan mereka disenaraikan semula di GP Abu Dhabi.

Pemilik francais F1, Bernie Ecclestone menyifatkan apa yang terjadi kepada Caterham dan Marussia sebagai satu malapetaka untuk sukan tersebut.

"Terserahlah kepada para peminat sama ada untuk menderma atau terlibat dalam skim tersebut tetapi bagi saya apa yang mereka cuba lakukan adalah satu malapetaka. Ini bukanlah sukan meminta sedekah. Jika mana-mana pasukan tidak mampu untuk bersaing dan berada dalam Formula One, mereka sepatutnya mencari satu bidang lain untuk bersaing," ujar tokoh berusia 84 tahun itu.

Malah Ecclestone menyamakan persaingan dalam Formula 1 bagaikan permainan di meja poker.

"Jika saya bermain poker dan saya akhirnya dapati tidak dapat bersaing dengan pemain yang lain, saya harus meninggalkan meja poker itu atau saya akan dibunuh oleh pemain-pemain yang lain.

"Masalahnya saya tidak tahu bagaimana mereka (pasukan) membelanjakan wang mereka. Bukan saya yang menghabiskan wang mereka sebaliknya kami di Formula 1 memberi mereka wang yang banyak iaitu AS$900 juta setahun kepada semua pasukan yang mengambil bahagian," katanya.

Pemilik pasukan Red Bull, Christian Horner juga sependapat dengan Ecclestone.

"Saya sendiri tidak setuju para peminat F1 menderma kepada pasukan yang mengambil bahagian. Para peminat mengeluarkan bayaran yang tinggi untuk dihiburkan oleh pasukan-pasukan dalam F1 bukan sebaliknya. Konsep peminat membantu tabung atau dana pasukan adalah konsep yang salah dan tidak sepatutnya dibenarkan," ujarnya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan