MotoGP: Rabat Rangkul Kejuaraan Sulung Moto2 di Sepang

Diterbitkan: Ahad, 26 Oktober 2014 10:19 PM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Pelumba Sepanyol, Esteve Rabat, tidak mampu berkata-kata apabila dinobatkan sebagai juara kategori dunia Moto2 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Ahad.


Rabat, 25, yang menduduki tempat ketiga pada Grand Prix Motosikal Malaysia 2014, diumumkan sebagai juara kelas Moto2 selepas mengumpul 326 mata dengan baki hanya satu perlumbaan dalam kalender Moto GP. 

"Saya sangat gembira dengan kemenangan ini...saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan saya dan terutamanya ibu saya yang sentiasa menyokong saya sejak mula lagi.

"Pada masa ini, saya masih letih. Perlumbaan di sini amat mencabar dan cuaca sangat panas. Saya cuba memberi saingan hebat dari awal dan saya dapat menguasai rentak perlumbaan sehingga tamat. 

"Walaupun menjuarai kejohanan dunia di sini, saya menaruh impian untuk memenangi perlumbaan di Valencia," kata pelumba dari pasukan Marc VDS Racing Team itu.

Berikutan kejayaan meraih kejuaraan Moto2 dunia 2014, Rabat juga memperoleh kedudukan podium bagi kali ke-13 musim ini.

Dalam saingan Moto2 di sini, Rabat ketinggalan 8.054 saat di belakang juara Maverick Vinales dari Paginas Amarillas HP 40, yang mencatatkan masa 40 minit dan 46.754 saat.

Rakan sepasukan Rabat, Mika Kallio dari Finland menduduki tangga kedua dengan 40:49.488 saat.

Dalam kategori Moto3, saingan antara pelumba Sepanyol, Alex Marquez dari pasukan Estrella Galicia dan pelumba Australia, Jack Miller dari pasukan RedBull KTM Ajo bagi memburu kejuaraan dunia, akan diteruskan di Valencia dua minggu dari sekarang.

Selepas perlumbaan hari ini, Marquez menduduki tangga kelima dengan mengumpul 262 mata manakala Miller di kedudukan kedua dengan 251 mata.

Pelumba Sepanyol, Efren Vazquez yang mewakili pasukan SaxoPrint-RTGmenjuarai kelas Moto3 Grand Prix Motosikal Malaysia dengan catatan 40:41.002s. 

Tags / Kata Kunci: moto2 , motogp , rabat

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan