MotoGP: Hafiq Raih Tiga Mata, Vazquez Juara Moto3 Di Sepang

Diterbitkan: Ahad, 26 Oktober 2014 3:10 PM

Varquez (tengah) meraih gelaran juara yang kedua musim ini di Litar Antarabangsa Sepang pada Ahad.

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Pertama kali bersaing penuh dalam aksi Kejuaraan Dunia (MotoGP), pelumba negara Hafiq Azmi berjaya meraih tiga mata pada perlumbaan Moto3 Grand Prix Motosikal Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Ahad.

Hafiq menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-13 dengan catatan masa 41’29.592 sekaligus mencapai harapannya untuk meraih mata pertama di tempat sendiri.

“Saya gembira dengan kutipan mata pada perlumbaan ini, lebih-lebih lagi di hadapan penonton sendiri. 

“Tahun pertama dalam kejuaraan dunia ini bukan mudah dan sejak perlumbaan pertama di Qatar baru-baru ini saya mula bekerja keras untuk memungut sebarang mata, dan akhirnya ia berlaku di sini.

“Saya akan lakukan perkara yang sama pada pusingan akhir di Valencia minggu depan dan akan cuba mengutip mata,” jelasnya kepada media.

Hafiq berkata, dia belum pasti nasibnya musim depan, namun berharap dengan adanya pungutan mata musim ini, ia mampu menjadi landasan untuk kekal bersama pasukan.

Pada perlumbaan tersebut, pelumba SIC-Ajo ini berada dalam kelompok 18 pelumba di hadapan beberapa lap terakhir dia berjaya memperbaiki kedudukan.

Sementara itu, pelumba Sepanyol, Efren Vazquez dari pasukan SaxoPrint-RTG merangkul trofi kejuaraan kedua musim ini selepas kali pertama di Indianapolis pada pusingan ke-10 MotoGP baru-baru ini.

Vazquez yang menunggang jentera Honda berjaya memintas saingan terdekat yang juga pendahulu musim ini Alex Marquez (Estrella Galicia 0,0) dan pelumba Red Bull KTM Ajo, Jack Miller.

Vazquez mengakui perlumbaan ini bukan mudah, namun dia cuba mengekalkan kedudukan sebelum berada dalam kelompok terbaik lima lap terakhir.

Pelumba bermula dari Akademi MotoGP ini mencatat masa terpantas 40’41.002 meninggalkan 0.213 pelumba Australia, Miller serta ketiga Alex Rins dari pasukan Estrella Galicia 0.0.

Kedudukan keempat diraih pelumba Red Bull Husqvarna Ajo, Danny Kent, diikuti Alex Marquez, keenam Alexis Masbou (Ongetta-Ravacold), ketujuh Nicollo Antonelli (Junior Team GO&FUN Moto3), Jakub Kornfeil (CalvoTeam), Karel Hanika (Red Bull KTM Ajo) dan kesepuluh Enea Bastianini (Junior Team GO&Fun Moto3.

Selain itu, seorang lagi pelumba negara, Hafiza Rofa berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-20.

Manakala pelumba Petronas AHM Malaysia Ramdan Rosli dan Zulfahmi Khairuddin (Ongetta-AirAsia) terkeluar daripada saingan selepas terlibat dalam kemalangan.

Tags / Kata Kunci: motogp , moto3 , sic , efran

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan