MotoGP: Marquez Raih Petak Pertama, Catat Rekod Masa Terbaharu

Diterbitkan: Sabtu, 25 Oktober 2014 4:18 PM

Marquez meraih petak pertama yang ke-13 musim ini di Litar Sepang.

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Penunggang Repsol Honda Team Marc Marquez menjadi pelumba pertama mencatat rekod masa kurang dua minit pusingan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada pusingan kelayakan perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP), Sabtu.

Juara dunia 2013 itu  mencatat minit 1’59.791 saat meninggalkan pelumba Dani Pedrosa dan Jorge Lorenzo dari pasukan Movistar Yamaha MotoGP di tempat kedua dan ketiga sekaligus akan memulakan perlumbaan petak pertama pada Ahad.

Malah kejayaan meraih ‘pole’ ini merupakan rekod ke-50 dalam kariernya dan yang ke-13 musim ini sekaligus rekod terbaharu MotoGP.

Penunggang ini mengatasi rekod 12 petak kelas premier sebelum ini yangdiraih penunggang Australia Casey Stoner dan Mick Doohan.


"Saya juga gembira kerana berjaya mengatsi rekod sebelum ini. Mungkin petak pertama tidak begitu penting kerana ia tidak memberi anda sebarang mata, tetapi
anda mendapatnya kerana muncul sebagai penunggang paling pantas dalam sesuatu pusingan.

"Memanglah, ia tidak bererti anda akan menjadi penunggang paling laju dalam perlumbaan nanti. Paling penting ialah apa yang berlaku esok," katanya. 

Marquez berkata juga dia amat berpuas hati dengan jenteranya setelah mengalami nahas dalam sesi latihan ketiga pada sebelah pagi.

Sementara itu, pelumba LCR Honda MotoGP Stefan Bradl menguasai petak keempat diikuti Addrea Dovizioso (Ducati Team), Valentino Rossi (Movistar Yamaha MotoGP), Aleix Espargaro (NGM Forward Racing), Cal Crutchlow (Ducati Team), Bradley Smith (Monster Yamaha Tech 3) dan petak kesepuluh Alvari Bautista dari pasukan GO&FUN Honda Gresini.

Keputusan penuh pusingan sesi kelayakan MotoGP 2014:

1.Marc Marquez (SPA) Repsol Honda Team 1'59.791s

2.Dani Pedrosa (SPA) Repsol Honda Team 1'59.973s

3.Jorge Lorenzo (SPA) Movistar Yamaha MotoGP 2'00.203s

4.Stefan Bradl (GER) LCR Honda MotoGP 2'00.472s

5.Andrea Dovizioso (ITA) Ducati Team 2'00.703s

6.Valentino Rossi (ITA) Movistar Yamaha MotoGP 2'00.

7.Aleix Espargaro (SPA) NGM Forward Racing 2'00.801s

8.Cal Cruthchlow (GBR) Ducati Team 2'01.119s

9.Bradley Smith (GBR) Monster Yamaha Tech 3 2'01.263s

10 Alvaro Bautista (SPA) GO&FUN Honda Gresini 2'02.294s

11.Hiroshi Aoyama (JPN) Drive M7 Aspar 2'10.568s

12.Pol Espargaro (SPA) Monster Yamaha Tech 3 2'01.885s

13.Yonny Hernandez (COL) Energy T.I. Pramac Racing 2'02.184s

14.Nicky Hayden (USA) Drive M7 Aspar 2'02.330s 

15.Karel Abraham (CZE) Cardion AB Motoracing 2'02.548s

16.Hector Barbera (SPA) Avintia Racing 2'02.682s

17.Scott Redding (GBR) GO&FUN Honda Gresin 2'02.874s

18.Alex De Angelis (RSM) NGM Forward Racing 2'03.165s

19.Danilo Petrucci (ITA) Octo IodaRacing Team 2'03.874s

20.Michael Laverty (GBR) Paul Bird Motorsport 2'04.539s 

21.Mike Di Meglio (FRA) Avintia Racing 2'04.784s 22 Broc Parkes (AUS) Paul Bird Motorsport 2'05.208s

23.Andrea Iannone (ITA) Pramac Racing 2'02.597s

Tags / Kata Kunci: motogp , sic , marquez

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan