MotoGP Malaysia: Lorenzo Kuasai Kedudukan Pertama Sesi Latihan Bebas Kedua

Diterbitkan: Jumaat, 24 Oktober 2014 5:40 PM

Lorenzo menguasai kedudukan pertama pada sesi latihan bebas kedua pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Jorge Lorenzo mengambil alih kedudukan pertama daripada Dani Pedrosa pada sesi latihan bebas kedua pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Jumaat.


Pelumba Movistar Yamaha ini mencatat 2:14.503s mengatasi dua pelumba Repsol Honda Team, Marc Marquez dan Dani Pedrosa selepas latihan  terpaksa ditunda hampir 20 minit gara-gara hujan lebat.

Lorenzo berjaya mencatat kedudukan lebih baik pada sesi kedua ini setelah berada di kedudukan ketiga pada sesi latihan pertama yang berlangsung pada sebelah pagi tadi.

Litar basah tidak menghalang Lorenzo untuk mencatat lap terpantas sebelum menguasai sesi perlumbaan latihan ini sehingga tamat.

Sementara itu, Pedrosa mengakui perubahan cuaca menyebabkan aksi keduanya terus berubah.

“Kami dapat bersaing baik ketika litar kering pada sebelah pagi, tetapi pada sebelah petang litar dibasahi hujan.

“Belum pasti lagi keadaan cuaca pada esok (Sabtu) dan berharap keadaan litar kering bagi mencatat masa lebih pantas dan dalam masa sama dapat menguji keadaan tayar depan jentera.


“Kami hanya menggunakan tayar lembut pagi tadi dan akan cuba menggunakan tayar keras,” jelas Pedrosa.

Pedrosa mengakui dia berdepan dengan masalah tayar depan jika keadaan litar basah. 


“Kami harap esok keadaan tayar akan lebih baik,” tambahnya.

Selain itu, juara enam kali dunia, Valentino Rossi (Movistar Yamaha), gagal memperbaiki kedudukan latihan sesi pertama yang berada di tempat ke-6, apabila hanya mencatat kedudukan ke-15 pada sesi kedua.


Kedudukan pelumba pada sesi latihan bebas kedua:

1.Jorge Lorenzo 2:14.503 

2.Marc Márquez +00.242 

3.Dani Pedrosa +01.079 

4.Andrea Dovizioso +01.728 

5.Aleix Espargaró +01.871 

6.Héctor Barberá +02.190 

7.Stefan Bradl +02.203 

8.Andrea Iannone +02.290 

9.Nicky Hayden +02.365 

10.Cal Crutchlow +02.403 

11.Karel Abraham +02.756 

12.Yonny Hernández +02.881 

13.Hiroshi Aoyama +02.908 

14.Álvaro Bautista +02.931 

15.Valentino Rossi +03.519 

16.Pol Espargaró +03.540 

17.Bradley Smith +04.041 

18.Alex de Angelis +04.159 

19.Michael Laverty +04.648 

20.Danilo Petrucci +04.798 

21.Scott Redding +05.223 

22.Mike Di Meglio +06.222 

23.Broc Parkes +06.278 
Tags / Kata Kunci: motogp , malaysia , six , Jorge Lorenzo

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan