Moto3: Zulfahmi Dedah Punca Prestasi Merosot, Bukan Cari Alasan

Diterbitkan: Selasa, 21 Oktober 2014 5:11 PM

Zulfahmi (lima dr kiri) ketika sesi dialog AirAsia Moto Inspire pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin mengakui nasibnya pada musim 2014 tidak sebaik seperti tahun-tahun sebelum ini.

Bukan mencari alasan di atas kemerosotan prestasinya musim ini, namun hakikatnya dia berdepan dengan masalah komunikasi dengan pasukannya, Onggeta-AirAsia.

“Saya dan pasukan telah berbincang mengenai masalah ini sejak awal musim lagi, namun tidak ada perubahan yang boleh dibuat.

“Saya tidak membuat alasan dengan prestasi merosot tahun ini, tetapi itulah puncanya,” jelasnya kepada media  pada majlis sesi dialog AirAsia Moto Inspire pada Selasa.

Zulfahmi menjelaskan, dia belum pasti mengenai nasib musim depan, namun berharap semuanya berjalan lancar.

“Saya ada bertanya perkara ini kepada Datuk Razlan Razali (Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), dan beliau memberitahu semuanya dalam perbincangan.

“Tunggu sahajalah keputusan beliau nanti,” jelasnya.

Menjelang perlumbaan MotoGP di halaman sendiri hujung minggu ini, Zulfahmi akan cuba melakukan yang terbaik.

“Saya tidak mahu meletakkan sebarang sasaran tertentu kerana setiap kali saya berbuat demikian pastinya tidak berlaku.

“Cuma saya harapkan agar mampu berada dalam kelompok terbaik,” jelasnya.

Prestasi Zulfahmi tidak konsisten sepanjang musim ini apabila hanya menduduki tangga ke-19 daripada 30 pelumba dengan mengutip 19 mata.

Dalam pada itu, Razlan mengakui kemerosotan Zulfahmi bukan disebabkan jentera, tetapi masalah komunikasi dengan pasukan.

“Kita masih berbincang dengan penaja Zulfahmi iaiatu AirAsia sama ada mereka mahu terus menyambung kontrak Zulfahmi atau tidak.

“Keputusannya akan diketahui Khamis ini,” jelasnya sebelum ini.

Sementara itu, pada majlis AirAsia Moto Inspire yang diadakan itu, beberapa pelumba dari Asia Talent Cup dan pelumba Air Asia Caterham Moto Racing Team iaitu Johann Zarco dan Ratthapark Wilairot serta Zulfahmi sendiri meluangkan masa berkongsi pengalaman bersama peminat-peminat muda permotoran tanah air.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Belia Bahagian Pembangunan Sukan Kementerian Belia Dan Sukan (KBS), Salleh Ali, Razlan serta Ketua Bahagian Komunikasi AirAsia, Aziz Laikar.

Tags / Kata Kunci: Zulfahmi , SIC , AirAsia

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan