Cub Prix: Obert Sasar Keputusan Lebih Baik Di Kangar

Diterbitkan: Rabu, 15 Oktober 2014 4:31 PM

Emir menjadi taruhan Obert untuk mengejar kedudukan podium.

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Espada Motobert, Rosnizam Mohd Noor berharap barisan pelumbanya dapat memperbaiki prestasi dan meraih keputusan lebih baik menjelang perlumbaan Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Kangar Perlis hujung minggu ini.

Rosnizam yang lebih dikenali sebagai Obert membawa masuk muka baharu pada musim ini iaitu Mohd Emir Firdaus Hasan dan Mohd Hafizudin Azahar dalam kelas CP130 manakala meletakkan Mohd Rozaliman Zakaria di dalam kelas CP115 namun ketiga-tiga pelumba itu masih gagal menaiki podium sepanjang perlumbaan lepas.

Sebagai pelumba berpengalaman, Emir menjadi taruhan Obert untuk mengejar kedudukan podium namun prestasi pelumba itu tidak begitu konsisten apabila sekadar berada di kedudukan ke-14 keseluruhan dengan hanya mengumpul 34 mata dan menimbulkan sedikit kebimbangan terhadap pasukan.

"Tahun lepas kami memenangi gelaran CP130 melalui Ahmad Fuad Baharudin namun tahun ini kami menghadapi pelbagai kesukaran. |

"Sebenarnya saya mengharapkan agar pelumba-pelumba dapat meraih beberapa keputusan podium, atau setidak-tidaknya konsisten di kelompok hadapan.

"Dengan gandingan baharu pada tahun ini, kami tidak meletak sasaran tinggi pada awal musim kerana pelumba dan krew pasukan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri namun secara keseluruhan, kami berkembang dengan agak perlahan. 

"Kami perlu mengenalpasti apa punca sebenar dengan secepat mungkin. Mudah-mudahan kami memperoleh keputusan lebih baik di Kangar minggu ini," kata  Obert.

Mengulas tentang litar di Kangar di mana ia tidak berada dalam kalendar kejuaraan sepanjang dua musim lepas, Obert berkata: "Peluang lebih terbuka di sini jadi sukar untuk menjangkakan apa yang berlaku nanti. 

"Semua pelumba dan pasukan mempunyai peluang sama rata, jadi saingan mungkin akan lebih sengit dan kami juga mahu menggunakan peluang ini untuk mencapai keputusan terbaik."

Tags / Kata Kunci: cup prix , obert

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan