Mercedes Juara Dunia: Lewis Hamilton Bangga Jadi Sebahagian Dari Sejarah

Diterbitkan: Isnin, 13 Oktober 2014 2:31 PM

Pelumba pasukan Mercedes-Petronas, Lewis Hamilton dengan bangganya mempamerkan kemeja-T yang tertulis "Juara Dunia 2014". Pasukan Mercedes kini muncul juara dunia selepas dua pelumbanya iaitu Hamilton dan Nico Rosberg memenangi tempat pertama dan kedua GP Rusia yang berlangsung di Sochi, Rusia pada Ahad, 13 Oktober 2014.

(Ubah saiz teks)

> Sebaik tamat GP Rusia pasukan Mercedes muncul juara dunia

> Lewis Hamilton memenangi Grand Prix Rusia diikuti oleh rakan sepasukan Nico Rosberg

> Mercedes memenangi kejuaraan yang pertama sejak sekian lama dikuasai Red Bull-Infiniti

PENDAHULU Formula 1 musim ini, Lewis Hamilton berkata dia kini berbangga menjadi sebahagian daripada pasukan yang berjaya muncul sebagai juara apatah lagi ia adalah yang pertama untuk Mercedes sebagai penyedia enjin.

Pelumba berusia 29 tahun dari Britain itu memenangi GP Rusia yang berlangsung di Sochi dan kemudian diikuti oleh rakan sepasukan dan pesaing utama Nico Rosberg di tempat kedua. Kemenangan mereka berdua sudah memadai untuk membolehkan Mercedes merampas kejuaraan dunia dari tangan pasukan Red Bull.

"Ini adalah saat yang bersejarah untuk pasukan kami dan saya berbangga menjadi sebahagian daripada sejarah itu," kata Hamilton yang kini berlumba untuk musim kedua bersama pasukan tersebut.

Kemenangan berganda Hamilton dan Mercedes lebih bermakna kerana GP Rusia ini adalah yang pertama kali dianjurkan oleh republik itu dalam sejarah F1.

Ini adalah kemenangan kesembilan Hamilton musim ini dan meletakkannya 17 mata di hadapan Rosberg.

Masih terdapat baki tiga perlumbaan lagi bagi kalendar musim ini iaitu di Austin, Amerika Syarikat pada 2 November diikuti GP Brazil di Sao Paolo pada 9 November dan yang terakhir dan penutup musim, GP Abu Dhabi di Yas Marina pada 23 November.

Ini bermakna secara matematik, Rosberg masih berpeluang menyaingi Hamilton untuk gelaran juara pemandu dunia menerusi tiga baki perlumbaan lagi.

Juara musim lalu, Sebastian Vettel berada di kedudukan kelima senarai pungutan mata pemandu dengan hanya 143 mata.

KEJUARAAN PEMBUAT ENJIN/PASUKAN F1:

1. Mercedes 565 mata - (muncul juara dunia selepas GP Rusia)

2. Red Bull 342

3. Williams 216

4. Ferrari 188

5. McLaren 143

6. Force India 123

7. Toro Rosso 29

8. Lotus 8

9. Marussia 2

10/11 Sauber/Caterham 0

SEJARAH KEJUARAAN PEMBUAT ENJIN/PASUKAN F1:

2014 - Mercedes

2013 - Red Bull

2012 - Red Bull

2011 - Red Bull

2010 - Red Bull

2009 - Brawn GP

2008 - Ferrari

2007 - Ferrari

2006 - Renault

2005 - Renault

KEDUDUKAN PEMANDU SELEPAS 16 DARIPADA 19 PUSINGAN MUSIM INI:

1. Lewis Hamilton (Mercedes, GB) 291 mata

2. Nico Rosberg (Mercedes, Jer) 274

3. D Ricciardo (Red Bull, Aus) 199

4. V Bottas (Williams, Fin) 145

5. S Vettel (Red Bull, Jer) 143

6. F Alonso (Ferrari, Sp) 141

7. J Button (McLaren, GB) 94

8. N Hulkenberg (Force India, Jer) 76

9. F Massa (Williams, Brz) 71

10.K Magnussen (McLaren, Den) 49

Tags / Kata Kunci: Lewis Hamilton , Nico Rosberg , Mercedes , GP Rusia

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan