Lewis Hamilton Juara GP Jepun

Diterbitkan: Ahad, 5 Oktober 2014 5:07 PM

Lewis Hamilton memegang trofi kemenangannya apabila menjuarai perlumbaan Formula 1 Grand Prix Jepun di Litar Suzuka di Suzuka, Jepun pada Ahad. Foto EPA

(Ubah saiz teks)

PEMANDU pasukan Mercedes, Lewis Hamilton menjuarai perlumbaan Formula 1 Grand Prix Jepun di Litar Suzuka di Suzuka, Jepun pada Ahad.

Hamilton terus mengungguli kemenangannya meskipun perlumbaan diadakan dalam keadaan hujan lebat.

Juara GP Jepun itu tetap berhak meraih mata penuh meskipun perlumbaan dihentikan pada pusingan ke-44 daripada jumlah keseluruhan 53 pusingan.

Ini berikutan kemalangan yang dialami oleh pelumba Marussia, Jules Bianchi pada pusingan ke-40.

Hamilton yang memenangi perlumbaan tiga kali berturut-turut menerima 10 mata yang mendahului pelumba Mercedes, Nico Rosberg.

Hamilton kini memperolehi 266 mata, manakala tempat kedua yang diduduki oleh Rosberg meraih 256 mata, manakala pelumba Red Bull, Daniel Ricciardo di tempat ketiga dengan 193 mata.

1-Lewis Hamilton (Mercedes) 1:51:43:021

2-Nico Rosberg (Mercedes) +9.1

3-Sebastian Vettel (Red Bull) +29.1

4-Daniel Ricciardo (Red Bull) +38.8

5-Jenson Button (McLaren) +1:07.5

6-Valtteri Bottas (Williams) +1.53.7

7-Felipe Massa (Williams) +1:55.1

8-Nico Hulkenberg (Force India) +1.55.9

9-Jean-Eric Vergne (Toro Rosso) +2:07.6

10-Sergio Perez (McLaren) +1 pusingan



Tags / Kata Kunci: Lewis Hamilton , Grand Prix Jepun

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan