Lewis Hamilton Juara Grand Prix Singapura

Diterbitkan: Isnin, 22 September 2014 8:14 AM

Lewis Hamilton bersama trofi yang dimenanginya pada perlumbaan Grand Prix Singapura di litar lumba Marina Bay Street malam Ahad. Foto EPA

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Lewis Hamilton memenangi perlumbaan Grand Prix Singapura di litar lumba Marina Bay Street malam Ahad.

Ini merupakan kemenangan kedua baginya di sini, yang pertama kali pada 2009 dalam perlumbaan 61 pusingan yang diadakan pada sebelah malam.

Dengan kemenangan itu, pelumba Great Britain berumur 29 tahun ini yang mewakili Mercedes AMG Petronas F1 mendahului kejuaraan pemandu sedunia.

Rakan sepasukannya Nico Rosberg terkeluar daripada perlumbaan selepas 14 pusingan kerana masalah elektronik.

Pemandu Red Bull dari Jerman, Sebastian Vettel berada di tempat kedua semantara rakan sepasukannya Daniel Ricciardo di tempat ketiga.

Hamilton mencipta masa 2:0:4.795, Vettel (2:0:18.329) dan Ricciardo (2:0:19.068).

Hamilton kini memperoleh 241 mata, tiga mata mengatasi Rosberg dengan baki lima pelumbaan.

Tags / Kata Kunci: Lewis Hamilton , Grand Prix Singapura

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan