ARRC: Zamri Harap Sempat Pulih Sebelum Ke Buriram

Diterbitkan: Khamis, 18 September 2014 6:15 PM

(Ubah saiz teks)

MOHD Zamri Baba berharap kecederaan yang dialami ketika ini sempat pulih menjelang saingan Pusingan 5 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) yang akan berlangsung buat pertama kali di litar baru, Litar Buriram, Thailand pada 7 hingga 9 November depan.

Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing itu terpaksa menarik diri daripada beraksi pada perlumbaan akhir SuperSports 600cc sewaktu pusingan keempat ARRC di Suzuka, Jepun dua minggu lepas selepas mengalami kemalangan pada sesi latihan bebas ketiga yang menyebabkan kecederaan lama di kaki kiri berulang.

Keadaan itu telah menyebabkan Zamri terlepas kedudukan pendahulu keseluruhan kepada Katsuaki Fujiwara dari pasukan Beet Kawasaki Racing setelah juara keseluruhan musim 2011 itu berjaya memenangi Perlumbaan 1 dan muncul naib juara pada Perlumbaan 2 sekaligus meletakkannya di tangga teratas dengan 132 mata.

Zamri dijangka hanya akan pulih dalam tempoh lima hingga enam minggu dan kini sedang menjalani sesi rawatan fisioterapi selepas selesai menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, minggu lepas.

"Saya mengalami kemalangan di Suzuka namun mujurlah tidak ada sebarang tulang yang patah. Kesan insiden tersebut menyebabkan plat besi yang dipasang di dalam kaki saya akibat kemalangan lepas menjadi bengkok dan doktor telah berjaya menggantikannya dengan yang baru.

"Saya terpaksa kembali menggunakan tongkat namun saya yakin akan pulih dengan kadar segera dan dapat beraksi di Thailand. Masih ada empat perlumbaan dalam baki dua pusingan kejuaraan selepas ini, jadi saya masih ada peluang untuk kembali mengejar kedudukan Fujiwara sewaktu di Litar Buriram nanti.

"Gelaran juara keseluruhan hanya akan ditentukan sewaktu pusingan terakhir di Qatar nanti. Kami tidak mahu berfikir jauh kerana buat masa ini kami hanya fokus untuk perlumbaan di Buriram sahaja dahulu," jelas Zamri.

Sementara itu, menjelang berlangsungnya perlumbaan di Thailand, pelumba berusia 31 tahun itu juga dijangka bakal terlepas untuk beraksi dalam tiga pusingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.

"Rasanya saya tidak akan dapat beraksi dalam tiga pusingan Cub Prix iaitu di Teluk Intan, Kangar dan Jempol kerana kaki saya masih belum pulih. Namun, jika proses pemulihan berjalan lancar dan lebih cepat daripada yang dijadualkan, rasanya saya tidak menghadapi masalah untuk beraki di Jempol, awal November depan," kata Zamri.

Tags / Kata Kunci: ARRC , Mohd Zamri

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan